KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan yang disangka hilang ibunya sejak petang semalam, sebelum satu laporan polis dibuat malam tadi, ditemui semula di kawasan Pelangi Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, pagi tadi. Gya Natasya Abdullah, 18, yang gagal dihubungi oleh ibunya sejak petang semalam, selepas pulang dari kerja di Cheras, dilaporkan kehilangan telefon bimbit ketika berada dalam kereta e-hailing selepas turun dari MRT di Stesen Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini. Ibunya, Johan Nazira Mohamed Nazib berkata, anak perempuannya itu sepatutnya turun di Stesen MRT Sungai Buloh, namun kemudian terpaksa turun di Stesen MRT TTDI kerana sakit perut. "Dia turun di TTDI dan ke tandas, kemudian dia teringin nak makan cookies (biskut). Jadi dia turun dari stesen dan keluar cari biskut di sebuah premis berhampiran. "Kemudian masa dia nak balik ke hentian dia ambil grab. Di situlah baru dia sedar telefon bimbitnya hilang. Dia kemudian menghubungi telefon bimbit miliknya, namun panggilannya kena reject (ditolak).
"Dia minta pemandu Grab untuk menunggunya seketika bagi mencari telefon, sebelum dia ditinggalkan secara tiba-tiba oleh pemandu Grab itu. "Pada masa sama, dia menunggu orang yang mungkin datang memulangkan telefon bimbitnya. Dia kemudian didatangi satu kereta hitam dinaiki dua lelaki dan seorang wanita yang menawarkan bantuan," katanya ketika dihubungi BH hari ini. Johan Nazira berkata, Gya Natasya kemudian menaiki kereta berkenaan sebelum ditinggalkan di kawasan sekitar Damansara, awal pagi tadi. "Dia kata, dia tak ingat apa-apa cuma bila dia sedar dia secara tiba-tiba kena turun dari kereta itu di kawasan lot kedai yang gelap dan tiada orang. "Dia kemudian berjalan dan cari orang untuk meminta bantuan sebelum menemui satu wanita di Pelangi Damansara, yang meminjamkannya telefon bimbit sebelum dia menghubungi saya untuk mengambilnya," katanya. Gya Natasya berkata, dia juga sudah memaklumkan kepada Ketua Balai Polis Kuang, bahawa anaknya telah pulang ke rumah pagi tadi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, mengesahkan Gya Natasya sudah berada bersama ibunya. "Pada masa ini, ibunya masih belum datang ke Balai Polis untuk membuat laporan bahawa anaknya sudah ditemui," katanya. Terdahulu, kehilangan Gya Natasya tular di media sosial sejak malam tadi selepas keluar dari rumah di Taman Matang Jaya, Sungai Buloh untuk menuju ke tempat kerja di Cheras. Sumber : Berita Harian
|
sukacactus replied at 1-10-2024 02:36 PM
Ada sebab le bila diperintahkan labuhkan tudung tu menutupi dada
gigahertz replied at 1-10-2024 10:45 PM
agaknya kalau tak tak viral. mesti dia x balik
Cyempaka replied at 1-10-2024 11:30 PM
Kemain mendada xpadan ketet jatuh
Nasib la dek.. sapa suruh mak kau bagi gambo ni. Dalam byk2 gmb ...
ADVERTISEMENT