Pergerakan Sharifah Zarina seakan sedang tawaf sewaktu masih lagi dibawah sedar susulan kesan ubat bius sewaktu di hospital. Perkara tersebut dikongsikan sendiri anak kepada penyanyi lagu Langit Ketujuh itu, Athalia apabila memuat naik momen ibunya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya di wad selepas menjalani pembedahan. Anak tak sangka dapat rakam pergerakan Sharifah Zarina yang sedang ‘mamai’ Dalam video yang dikongsi, Athalia memaklumkan tidak menyangka dapat merakam momen berharga tersebut apabila ibunya mengucapkan bacaan sewaktu sedang bertawaf. Dia juga seolah-olah sedang solat apabila membuat beberapa pergerakan seperti sedang melakukan ibadah tersebut walaupun berada dalam keadaan terbaring serta mata tertutup.
Pergerakan Sharifah Zarina seperti tawaf & solat selepas selesai operation Walaupun anak kepada penyanyi itu tidak menyatakan sakit yang dihidapi ibunya, namun menerusi TikTok Sharifah Zarina, ia ada memberitahu yang dia melakukan pembedahan membuang batu karang di buah pinggang sebelah kanan. Difahamkan, proses pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan dia juga dalam keadaan sihat. Dekat dengan Allah, sakit pun akan ingat Allah Perkongsian yang dibuat Athalia telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata berasa kagum dengan apa yang berlaku. Masing-masing berasa penyanyi tersebut cukup beruntung kerana berada dalam keadaan separa sedar namun seperti sedang ada di Tanah Haram. Mereka yang pernah alami situasi tersebut pasti faham perasaan khayal atau mamai memandangkan kesan ubat bius masih ada. Walau bagaimanapun, situasi tersebut hanya sementara dan mereka yang berada dalam keadaan tersebut akan kembali seperti biasa setelah sedar nanti. Sumber: TikTok Athalia, Sharifah Zarina, Oh My Media |
mawardia replied at 2-10-2024 05:53 PM
She is annoying but I rasa this is genuine. Maybe Sh. Zarina ni jenis yg bangun malam dan rajin buat ...
awex^returns replied at 2-10-2024 05:54 PM
kenapa hati hitam aku kata ni cuma content je
sorry Makcik Zarina
becir replied at 2-10-2024 11:14 PM
i pun rasa content je..i penah 4x operation kena full bius bila sedar je doc or nurse akan terus t ...
likilu replied at 2-10-2024 11:56 PM
Ummah evropa pun pelik kan kenapa ubat bius us je yg selalu cakap merapu ni, cabut gigi pun ko mer ...
ADVERTISEMENT