CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda tak dapat tahan sebak, kucing kesayangan hidap sakit kronik akhirnya ‘pergi’

2-10-2024 08:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32743| Komen: 80

 


Pelakon hebat, Nabila Huda tak dapat tahan sebak apabila kucing kesayangan yang menghidap sakit kronik akhirnya ‘pergi’ juga selepas beberapa hari berada dalam keadaan nazak.

Menerusi perkongsian Nabila di Insta Story, dapat dilihat kucing yang diberi nama Aoki berada dalam keadaan lemah dan sempat mengeluarkan darah dari bahagian mulut sebelum dikejarkan ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.


Walau bagaimanapun, kondisi Aoki semakin tenat dan tidak dapat diselamatkan sebelum akhirnya kehabisan nyawa di hadapan pelakon tersebut.

Nabila yang tidak dapat menahan sebak menangis teresak-esak sewaktu menggendong kucing berkenaan di dakapannya sehinggalah dia dan suami mengambil keputusan mengebumikan Aoki di perkarangan rumah selepas didapati sudah tidak bernyawa.



Perkongsian tentang kondisi Aoki dan beberapa gambar kucing tersebut di Instagram Nabila Huda telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-rata turut sebak dengan pemergian haiwan kesayangan terebut.


Mereka juga memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu supaya terus kuat walaupun faham perasaan kehilangan kucing peliharaan memang sangat memberi kesan kerana sudah dianggap seperti keluarga.

 

Terdahulu, Nabila Huda telah memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang bernama Aoki itu sedang berada dalam keadaan nazak apabila disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap 4.

Sejak itu, dia kerap berkongsi keadaan semasa Aoki yang terlihat sangat lemah walaupun telah mendapatkan rawatan yang kerap di klinik haiwan.

Sumber - OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 2-10-2024 08:19 PM
Inalillah Aoki...rasa dah lbh 10 thn umur dia...i feel u...
Quote razzia 2-10-2024 08:20 PM
i feel u abil.i all pun turut nangis.bila kucing ni klu mati memang tak sanggup hadapi kehilangan
Quote primarikey 2-10-2024 08:35 PM
Ape ye punca kucing sakit buah pinggang
Byk mkn snack ke
Quote fattymah 2-10-2024 09:08 PM
Sape potong bawang lak ni
Quote Orix 2-10-2024 09:11 PM
16 tahun kot, mau x meraung.
Quote noor2 2-10-2024 09:30 PM
Kucing mmg kita anggap  mcm anak......innalillah
Quote sofyayra 2-10-2024 09:36 PM
Wehh, aku sedih. Pernah jaga si bulus ni, masa tu baru lepas kawin. Jaga umpama anak. Brp bulan lepas tu tiba2 dia menggelupur, bawak pi vet, balik vet tu terus pergi. Sejak tu smpai sekarang tak prnh la nak membela
Quote pocongkiutss 2-10-2024 11:01 PM
primarikey replied at 2-10-2024 08:35 PM
Ape ye punca kucing sakit buah pinggang
Byk mkn snack ke

Kes meow abil ni mgkin faktor umur la kut..16 taun wei

Kalau yg muda2 dh kena ckd tu mgkin la faktor pemakanan
Quote Lilipelangi 2-10-2024 11:04 PM
Walaupun cuma haiwan tapi kucing ni penghibur... Bila dah tak ada memang rasa kehilangan sangat.. Makan masa nak hilangkan rasa sedih tu... Semoga nabila kuat..
Quote pocongkiutss 2-10-2024 11:04 PM
Aoki ni rasanya lg tua dr anak abil kan
Quote Lilipelangi 2-10-2024 11:06 PM
Edited by Lilipelangi at 2-10-2024 11:12 PM

-double post-
Quote Diamondmoney 3-10-2024 12:22 AM
Kucing aku pun mati ahad aritu. Smpai skrg blla teringt memeleh air matam sblm tanam aku bisik kt dia. Ada rezeki kita jmpa kt sana. Aku akan minta ALLAH utk jmpa dia kt sana. Bila kt syurga nti kita bole minta apa saja kan
Quote Atata 3-10-2024 01:06 AM
sedihnya. aku skip laju2 vtt, tak sanggupppp

Kucing aku pon mati sebab sakit buah pinggang. hazab, aku x dapat nak tulis sebab xmampu nak kenang balik. kidney failure sebab terlalu lalu kerap dibius. Bius utk operation buang tumor. Tumor dia kejap sini kejap situ, ada 9-10x kot operate dalam 2 tahun. last2 kidney dia failed sebab terlalu kerap dibius
Quote ninja boy 3-10-2024 01:41 AM
Takpe boleh bela lain, miau datang dan pergi kira normal la paling lama boleh hidup 20-25 tahun
Quote pocongkiutss 3-10-2024 02:05 AM
Atata replied at 3-10-2024 01:06 AM
sedihnya. aku skip laju2 vtt, tak sanggupppp

Kucing aku pon mati sebab sakit buah pinggan ...

Umur dia berapa taun masa tu?
Quote Qatrunnadaain 3-10-2024 02:26 AM
Diamondmoney: Kucing aku pun mati ahad aritu ...


Nangis iols baca ni…
Quote Insomniac 3-10-2024 03:20 AM
Tak le la klo melibatkan kucing. Kucing iols pon dh umo 12 tahun. Harap die panjang umo teman iols
Quote antidote 3-10-2024 04:24 AM
Sedih nya.. aku sejak kematian kucing mmg dah x bela sampai skrg. Sedih tu tak boleh bawak bincang punya.
Quote azimodin 3-10-2024 06:41 AM
Sedih tengok dia uruskan kucing dia, siap usung drip & pakaikan diapers. Nampak uzur betul aoki. Anak bulus aku 5 yo tahun ni, aku selalu terfikir camna la rasa kalau dia xde. Hilang 1 hari pon aku macam orang gila cari 1 taman & x makan.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.120001 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top