CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha rancang tambah zuriat - "Sebab kalau dah lebih umur 40 tahun, kehamilan itu berisiko"

3-10-2024 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14229| Komen: 25

 

Pelakon, Fasha Sandha merancang untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata dan itu adalah perjanjian dengan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz. 

Fasha, 40, berkata, dia dan Aidil juga sudah menjalani pemeriksaan kesuburan dan pakar perubatan memberikan maklum balas positif. 

"Perjanjian dengan suami, saya akan cuba mengandung sekali lagi kalau Allah izinkan. Kita hanya mampu merancang dan Dia yang tentukan. 

"Kami dah beberapa kali buat pemeriksaan dan doktor maklumkan, saya sihat dan boleh mengandung secara normal atau persenyawaan in-vitro (IVF). Kalau IVF, kita boleh pilih DNA yang sihat. 

"Sebab kalau dah lebih umur 40 tahun, kehamilan itu berisiko. Jadi, kalau buat IVF mungkin boleh pilih DNA yang sihat," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Fasha, dia menjadikan kekuatan rakannya yang juga pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai contoh terdekat memandangkan pelakon itu juga pernah mengandungkan anak bongsunya ketika berusia 40-an. 


"Che Ta pun boleh mengandung sewaktu umur 40-an. Jadi, kalau Che Ta pun kuat, Insya-Allah, saya pun boleh," katanya. 


Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma. Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira.


Sumber - Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watachiwa 3-10-2024 08:40 AM
beranak la 1-2 lagi.
Quote bottompro 3-10-2024 08:58 AM
Pelik gila lengan fasha gambar first.

Photoshop ke tuuuwww
Quote supernaturalee 3-10-2024 09:30 AM
dressnya menampakkan flat rack

oopsss
Quote orkid_amani 3-10-2024 01:52 PM
She telan ubat kurus + ada buat potong usus rasa mcm susah sikit nk pregnant..apa2 pun selamat ber ttc yaa..tp kalau nk cepat & xmoo tunggu boleh try ivf terus.
Quote Perawankota 3-10-2024 01:56 PM
orkid_amani: She telan ubat kurus + ada bua ...


Tapi bkn dia tak mengaku ke dia potong usus?
Quote pocongkiutss 3-10-2024 02:11 PM
Kena bgtau org ke
Quote noor2 3-10-2024 02:18 PM
Muka fasha bergambar ramai2 dgn org awam lebih kurang je...bila gambar kat studio atau selfie mmg nampak wow..maknanya camera trick jela
Quote awenda507 3-10-2024 02:39 PM
kurus nau2 skg ni eh fasha. tp lawaaa
Quote phalanx 3-10-2024 04:10 PM
Macam kurus yg pelik pulak. Sekeping sngat dlam gambar tu
Quote cattiecute 3-10-2024 04:25 PM
tak lawa betul baju pink tu kat dia
macam baju budak kecik tapi dimuatkan kat dia
macam takda ruang nak bergerak or angkat tangan langsung
pastu kepala nampak besor
maybe sebab pakai tudung asal boleh kot
Quote nw111 3-10-2024 05:19 PM
Fashion sense pasah ni epic fail betul..
Quote minahgempal 3-10-2024 07:06 PM
kering mcm nie pun org ckp lawa..rakyat malaysia mmg obses dgn type kering2 nipis mcm papan...
Quote razzia 3-10-2024 07:56 PM
dia ni ngan. nora jauh bertiang elok pesyen si nora.pasha harap lawa ja bab fesyen memang hauk
Quote bottompro 3-10-2024 07:59 PM
Kdg2 laki sheols mcm helok
Kdg2 biasa jahh.

Quote orkid_amani 3-10-2024 08:13 PM
Perawankota replied at 3-10-2024 01:56 PM
Tapi bkn dia tak mengaku ke dia potong usus?

Ooh dia tak ngaku ka..tp mmg potong kn sbb lepas discharge spital tu kemain selim badan..xkan laa telan berryfull tu teruih sekeping
Quote SayaSayangMama 3-10-2024 08:26 PM
anak dia yg latest comel gila.. berbaloi la try lg dgn aidil tu. baka dia menjadi dgn fasha
Quote Peaches113 3-10-2024 09:54 PM
awat makin kurus makin ketat baju?
Quote suri33 3-10-2024 10:31 PM
Buat je la ank dendiam kan.
Quote L.U.S.M 3-10-2024 11:06 PM
Kot ye pon pki la push up bra..huduh ngat body kerempeng cenggitu..btw awat Farahfoundfikri
Bkn patut the other way around ke.hehehe

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.076717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top