CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahu Rezeki Berkat, Noki K-Clique Tolak Babak Bersentuhan

3-10-2024 10:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 29013| Komen: 22

 


Pelakon dan penyanyi Noki K-Clique menegaskan enggan melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam karya yang dibintanginya.

Memetik Kosmo, Noki berkata dia bimbang akan keberkatan sumber rezeki yang diperolehnya apatah lagi jika dia mencari duit dengan berlakon.

“Kalau boleh saya cuba elak bawa watak bercinta kerana biasanya karakter sebegitu pasti akan melibatkan adegan bersentuhan selain risaukan keberkatan sumber rezeki itu.

“Kita cari duit dengan berlakon, bila ketepikan soal halal haram sehingga tidak kisah saling bersentuhan, berkatkah rezeki itu?” katanya.

Sementara itu, Noki berkata dia tidak bimbang jika hilangan tawaran lakonan disebabkan prinsip tersebut kerana percaya bahawa rezeki itu adalah daripada Allah.

“Saya tak kisah kalau ada produksi takut untuk tawarkan kerja disebakan syarat-syarat ditetapkan saya lebih yakin rezeki itu dari Allah SWT.


“Alhamdulillah setakat ini rezeki dalam lakonan sentiasa ada, sekarang saya sedang menjalani dua penggambaran serentak iaitu drama untuk Viu Malaysia dan juga filem arahan Syafiq Yusof,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai watak antagonis yang dilakonkan dalam filem Reeza GTR, Noki berkata ianya tidak sukar kerana sebelum ini dia mempunyai sikap baran namun kini dia cuba ubah sikap tersebut.

“Ini pertama kali saya bawakan watak antagonis, tak susah untuk bawakan watak Andika mungkin kerana sebelum ini saya ada sikap baran. Jadi lebih mudah menghayatinya.


“Namun, apabila usia sudah meningkat dan semakin mendekatkan diri pada Allah, perlahan-lahan saya cuba ubah sikap baran itu,” katanya.

Sumber -  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahgempal 3-10-2024 11:03 PM
artis nie kalau tak bagi statement bodoh dan menjerat diri memang tak sah ekk..sejak bila dunia hiburan nie suci dan berkat???
Quote NickBaru1 4-10-2024 12:42 AM
Kalo nak cakap pasal hukum-hakam.. rantai tu pun ko takleh pakai sebenarnya dik noki ooii.
Quote NickBaru1 4-10-2024 12:44 AM
Tapi kalau betul2 uols nak perbaiki diri, sis doakan yg baik2 sajer. Slow2 ok. Belajar leklok. Takmo drastik.
Quote Kurex 4-10-2024 02:12 AM
semoga dapat bersembam atas dada noki sambil noki berhati2 memaut kurex
Quote asma87 4-10-2024 02:33 AM
Sedapnya noki...,,,,
Quote amyfaha 4-10-2024 03:09 AM
Kepala di dalam,otak di luar. Itulah gambaran pd orang ckp tak serupa bikin
Quote wirazam 4-10-2024 05:39 AM
Dah kuyusss lah noki
Quote Minyakyuyi 4-10-2024 06:16 AM
Stetmen nk jaga hati gepren la kot...haha
Quote Shayang 4-10-2024 06:47 AM
Oklah tu, sepatutny gitulah belakon tak semestinya nak kena bersentuhan. Izzue isley boleh knp yg lain tk blh?
Pengarah la sepatutnya main peranan toksah la nk paksa pelakon sentuh peluk2 bagai.
Quote September14 4-10-2024 06:59 AM
Smkin elok ekk teringt waktu ajl duk fetis ketiak dia
Quote Kancilkering 4-10-2024 07:24 AM
Minyakyuyi replied at 4-10-2024 06:16 AM
Stetmen nk jaga hati gepren la kot...haha


haiya jgn lah ada gilpren lagi…hahaahaha
awat dia kuruş….berjimat ambil protein shake ye…..
Quote dua_chzy 4-10-2024 07:38 AM
Apa dah jadik dengan rupa asal he?
Quote dua_chzy 4-10-2024 07:38 AM
Dah rupa Farish Aziz jah. Kembalikan ropa dulu!
Quote jasmeen 4-10-2024 08:10 AM
Noki kebombom ni dah kurus la
Quote MistrezHermanaz 4-10-2024 10:04 AM
kurus la noki..lain sikit dh muka nya..tp ok la x mcm dafi tu mata pun terjojol
Quote Kurex 4-10-2024 10:15 AM
Minyakyuyi replied at 4-10-2024 06:16 AM
Stetmen nk jaga hati gepren la kot...haha

ke nak jaga hati Haji Zil?
Quote azimodin 4-10-2024 12:37 PM
We want sado noki..
Quote pocongkiutss 4-10-2024 12:40 PM
Eh lain betul rupa dia skrg
Quote CikHasanah 4-10-2024 12:53 PM
Dunia hiburan bukanlah tempat mencari rezeki berkat.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.040682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top