Oleh Izzah Abbasy
Jika bertandang ke Negeri Di Bawah Bayu ini, jangan ketinggalan untuk mencuba makanan laut yang murah dan segar. Lagi-lagi jika anda sememangnya gemar makan makanan laut. Dikira syurga makanan lautlah di situ. Makanan laut di sini semuanya dibakar dan dimakan dengan nasi panas, rumpai laut segar dan dicicah dengan air asam. Sangat sedap! Bagi penduduk tempatan Sabah dan penuntut kolej mahupun universiti, Pasar Filipina ini dikenali atau dipanggil sebagai Pasar Philippine, dikira sebutan negara itu menggunakan bahasa Inggeris. Sebenarnya pasar yang mempunyai makanan laut 'bakar-bakar' ini ialah dikenali sebagai Pasar Malam Sinsuran. Tetapi rata-ratanya lebih gemar mengenalinya sebagai Pasar Filipina. Pasar Filipina ini terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens dan berhadapan dengan Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu serta sebaris dengan Pasar Kraftangan (Pasar Filipina). Terdapat banyak gerai yang menjual makanan laut ini. Anda boleh pilih mana-mana sahaja gerai yang menjadi kesukaan hati. Pasar ini menjadi destinasi wajib jika ke Kota Kinabalu, Sabah kerana disitulah tempat menjual cenderahati dan makanan tempatan Sabah seperti amplang, kuih cincin dan ikan masin. Di Pasar Malam Sinsuran atau Pasar Filipina ini terdapat ikan 'Uji Rashid' yang sangat popular di Sabah (ikan bermata besar), sotong, udang, ketam, kepak ayam, rumpai laut dan pelbagai makanan laut serta makanan lain. Rambang mata dan kecur air liur jika anda bertandang ke sini. Jom, jamu mata melihat sekitar gerai yang menjual makanan laut 'bakar-bakar' di Pasar Filipina ini. - CARI Infonet Cenderahati - Mutiara Kredit Foto : Google
|
21
Bagus |
38
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
25
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jess1205 replied at 29-12-2015 09:19 PM
Dalam gambar nampak mcm cantik bersih je,tapi kalau g sane..hmmmppphhhh...Ya ampun bau nye
Peterpan17 replied at 29-12-2015 09:24 PM
Kan!! Heran aku tgk org Semenanjung berduyun mkn kat sini
jess1205 replied at 29-12-2015 09:27 PM
Hahahaha..Geli tekak woi...Mane lagi nak layan anak pilipin mintak duit lagi...
Peterpan17 replied at 29-12-2015 09:42 PM
Dont get me started dgn pilak ni. Karang jd thread pilak bashing
jess1205 replied at 29-12-2015 09:52 PM
Hahahaha..wokay...Biarlah sape tekak yang nak mkn pun.. Kurang2 bolehlah menyumbangkan kepada ekon ...
Peterpan17 replied at 29-12-2015 08:36 PM
Walaupun aku org local KK, tp tak pernah jejak kaki ke sini. Kebersihan sgt di ragui. Org pilak ni p ...
Peterpan17 replied at 29-12-2015 08:36 PM
Walaupun aku org local KK, tp tak pernah jejak kaki ke sini. Kebersihan sgt di ragui. Org pilak ni p ...
ADVERTISEMENT