CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ingat Michelle Yeoh Bertudung’ – Aksi Siti Nurhaliza Berlakon Watak Srikandi Buat Netizen Teruja

4-10-2024 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19706| Komen: 100

 


Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan khalayak apabila mempamerkan kemampuan melakukan aksi pertarungan persis seorang srikandi di medan perang.

Menurut Siti, 45, video yang dikongsikan dalam Instagram merupakan sedutan babak belakang tabir proses pembikinan video muzik lagu terbaharunya bertajuk Magis.


Katanya, sejak dahulu lagi dia sudah menyimpan hasrat membawakan watak sebagai seorang srikandi.

“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi. Semoga video muzik (MV) ini dapat diterima baik.

“Terima kasih juga Astro (saluran Ceria) di atas kesempatan ini dan memilih lagu Magis sebagai OST (runut bunyi) bagi Hikayat,” katanya.

Tambahnya, biarpun menjalani tempoh latihan yang singkat, babak pertarungan itu tetap dapat dilakukan dengan baik dan mengikut perancangan.

“Saya belajar teknik bertarung di lokasi dan bersyukur dapat laksanakan yang terbaik untuk masa yang ditetapkan.

“Terima kasih guru sen pertahan diri, pelakon utama saya berlawan, pelakon kanak-kanak yang hebat, pelakon aksi lasak yang gigih bersama-sama bertahan di tengah panas terik.


“Pasukan produksi yang menjalankan kerja dengan pantas, penari saya dan semua yang terlibat menjayakan video muzik ini lebih menarik dan mengikut kehendak serta impian saya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga dan tidak menyangka Siti yang terkenal dengan perwatakan lemah lembut mampu melakukan babak aksi.

“Hebat betul tengok gaya Siti. Aku ingat Michelle Yeoh pakai tudung tadi.

“Okey, selepas ini kita boleh hantar Tokti (Siti) pergi masuk Oscar pula. Siapa tahu boleh menang.

“Jennifer Lawrence tengok pun menangis macam ini. Memang bakat Siti ini satu anugerah Tuhan tidak terhingga. Lepas ini boleh berlakon The Hunger Games versi Islamik,” antara komen netizen.


Dalam video sama, Siti dilihat menggayakan pakaian berwarna jingga sambil memegang alat pemanah dan busur panah.

Turut kelihatan aktor Fadlan Hazim melakonkan babak pertarungan dengan Siti. 


Sumber – KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emilyrose 4-10-2024 05:59 PM
gundu..
Quote alesandra 4-10-2024 06:05 PM
lamberrt laa.gi check mata tu bodo
Quote Kampungpeoplesz 4-10-2024 06:40 PM
Aiyoooo celah mana nokkkk
Quote miss_perfect 4-10-2024 06:46 PM
Ala... Takde pun aksi memanah ala2 Katniss Everdeen. Busur dan anak panah tu sekadar props sahaja ke...
Quote kucim 4-10-2024 06:50 PM
Edited by kucim at 14-10-2024 01:45 PM

I
Quote tukul 4-10-2024 07:00 PM
Apa drama pulak ni Siti ooooiii
Quote fadz84 4-10-2024 07:13 PM
miss_perfect replied at 4-10-2024 06:46 PM
Ala... Takde pun aksi memanah ala2 Katniss Everdeen. Busur dan anak panah tu sekadar props sahaja ke ...

berangan amat fans pun... Huhuhu
Quote miss_perfect 4-10-2024 07:17 PM
fadz84 replied at 4-10-2024 07:13 PM
berangan amat fans pun... Huhuhu

Alamak kena letak emoji pembaris ke you???
Quote fadz84 4-10-2024 07:35 PM
miss_perfect replied at 4-10-2024 07:17 PM
Alamak kena letak emoji pembaris ke you???

No no.. i mengiakan apa yg u tulis tu.. haha..
Quote sleepandream 4-10-2024 07:40 PM
berderet job tokti bulan ni...
idolat2 haterz semua tengah buat apa? nobody cares...
Quote cm_vungtau 4-10-2024 07:58 PM
Tak best tul tengok artis mesia. Memasing gundu tapi nak jadi celebrity. Kosser aku.
Quote cruz2 4-10-2024 08:12 PM
Edited by cruz2 at 4-10-2024 08:14 PM

Ermmm tok ti ni zaman muda2 zaman remaja tk sempat nk buat tk sempat nk rasai life mcm acikpor semua ni..
Tu yg gigih nk buat mcm2 skrg ni.
Bg la dia merasa asal tk keterlaluan tk langgar hukum agama sudah
Quote Hoola 4-10-2024 08:13 PM
wah
mira flzh ksygn achik2 dan abam2 f pum ado
Quote sleepandream 4-10-2024 08:15 PM
cm_vungtau replied at 4-10-2024 07:58 PM
Tak best tul tengok artis mesia. Memasing gundu tapi nak jadi celebrity. Kosser aku.

bod retis antarabangsa kan ada chuols...
boleh buka benang sana update perkembangan terkini retis zimbabwe yg chuols minati..
tetap curious nak tgk tokti hari2 lagi yach

Quote noor2 4-10-2024 08:17 PM
Laku keras la filem CT berlakon
Quote Orix 4-10-2024 08:20 PM
Michelle yeoh ke michael ang ?
Quote rosevelvet 4-10-2024 08:22 PM
Michell takyoh
Quote cahayamataku 4-10-2024 08:33 PM
Yg komen tu mohon p cek mata lekaih naaa. Takodd teruk sangat dah tu
Quote KBW2 4-10-2024 08:40 PM
Siti Nur Erica datang lagi

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.108404 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top