CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ogy harap Elly Mazlein, Jihan Muse berdamai - “Elly dan Jihan ada kekuatan masing-masing sebagai pengacara"

4-10-2024 07:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36488| Komen: 21

 

Pelakon senior Fauziah Datuk Ahmad Daud berharap kemelut yang berlaku antara dua pengacara popular iaitu Elly Mazlein dan Jihan Muse dapat diselesaikan secara baik.

Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dua hos berkenaan mempunyai kekuatan masing-masing tidak seharusnya menggunakan media sosial sebagai ‘medan perang’.

“Elly dan Jihan ada kekuatan masing-masing sebagai pengacara. Saya juga pernah menonton mereka.

“Saya harap mereka berdua kembali okey (berbaik),” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar teater Di Sebalik Topeng di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ogy berkata, corak pengacaraan dengan cara ‘membahan’ individu lain perlu dilakukan atas dasar persetujuan bersama.

“Kalau di luar negara, perkara sebegini berlaku (lawak membahan artis atas pentas) tetapi semuanya perlu dilakukan dengan keizinan tuan badan.


“Sebagai contoh, dahulu saya pernah mengacara dengan Saleh Yaakob, kami saling membahan namun kami berbincang terlebih dahulu di belakang pentas,” ujarnya.

Tambah pelakon filem Azura itu, dia mengakui tidak suka dengan sikap segelintir selebriti yang suka berkongsi secara terbuka masalah mereka dengan individu lain dalam media sosial.

“Satu perkara yang saya tidak suka, sekiranya konflik itu boleh diselesaikan secara profesional, mengapa perlu dihebohkan dalam media sosial.

“Sebagai pelakon, banyak cerita dalam kain melibatkan produksi yang saya tahu tetapi tidak pernah kongsi dalam media sosial. Itu prinsip saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Elly menerusi sebuah hantaran di InstaStory secara terbuka menyindir lawak yang dibuat Jihan bersama rakan gandingannya Haziq Hussni ketika mereka mengacarakan sebuah program nyanyian.


Dalam perkongsian tersebut, Elly berharap dirinya tidak menjadi seorang pengacara yang gemar membahan artis lain di atas pentas.

Sementara, Jihan pula memilih terus mengunci mulut meskipun akaun media sosialnya diserang netizen yang menuntut permohonan maaf daripadanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 4-10-2024 08:42 PM
Edited by mojarean_X at 4-10-2024 08:43 PM

Teringat dulu diva aa saman
Quote Kurex 4-10-2024 09:38 PM
jihan dgn elie mazlien ni mengacara memang tak best pun
Quote putericahaya999 4-10-2024 09:55 PM
Semua akak nk komen ye
Quote putericahaya999 4-10-2024 09:55 PM
Kurex replied at 4-10-2024 09:38 PM
jihan dgn elie mazlien ni mengacara memang tak best pun

Kak engku paling best
Quote makita 4-10-2024 10:02 PM
putericahaya999 replied at 4-10-2024 09:55 PM
Kak engku paling best

Hahaha kak engku pnh bahan cepone masa live kat tv3. Masa tu kak engku anak dara lgi. Dia tnya cepone bila nak kwen. Cepone jwb ' aku ni dah 2 kali monopose, kau tu bila nak kwen?' Tros terdiam kak engku. Hahaa pestime jumpa pengacara terkedu.
Quote Manusiabesa 4-10-2024 11:56 PM
Pokok rhu ni klu satu hari xmenyibuk hal org..., xboleh ke..
Asyik komen hal org je.
Nyibuk busybody much.
Sekor lagi si catriowna berin roz.
24jam drop komen ig org.
Mcm 24jam dok buat thesis hal urusan org.
Klu batch² gen Z ni cth nya yuyaina dgn DD bini parid ais.
Sibuk jaga kain org sgt smpai ujung2 kain sndiri, rumah tgga sndiri runtuh berantakan.
Jgn ujung2 anak ppuan kena tebuk tupai. Anak jantan ngisap ais..
Sbb apa.
Sbb ada emak tp emak sibuk ulas hal org lain

Bodoh
Quote kukukatablog 5-10-2024 07:59 AM
dlu dia anti betul ngan kak lina,
pastu tiba2 berlakon skali
Quote L.U.S.M 5-10-2024 08:25 AM
Bukan ogy ni dulu gaduh kaw2 dgn Erma ke....
Quote LaskarHijayu 5-10-2024 09:29 AM
Ketepi ajelah dedua ni. Biar syerry al hadad mendunia pulak...
Quote espri6006 5-10-2024 09:56 AM
L.U.S.M replied at 5-10-2024 08:25 AM
Bukan ogy ni dulu gaduh kaw2 dgn Erma ke....

itulah tapi dua2 bersikap profesional..berlakon bersama bagai. Wartawan je lebih2 waktu tu. Skrg Netizen pulak lelebih tuan badan elok je pon.
Quote sleepandream 5-10-2024 09:34 PM
itulah iols pun musykil kenapa jihan tak bahan co-host sheols si haziq jah malam tu... dan lagi musykil kaklina pompom melenting walaupun benda bahan takde apa sgtponn... adakah marketing


Quote haruslah 5-10-2024 10:15 PM
Masa program era haritu elok je nampak dua2 ni
Khabib dtg MY haritu
Quote royaldanish 5-10-2024 10:48 PM
penting sangat ke dia ni nak komen
Quote hujanrindu28 7-10-2024 01:49 AM
si jongang ni mmg ada vibes tak best kat dia. team kak lina forever [em:17:]
Quote 8Queen8 7-10-2024 01:59 AM
Suka Jihan sekurang kurangnya dia tak guna style gedik2 over and over sampai AJM.
Quote supernaturalee 7-10-2024 08:39 AM

reporter yg tny
so dia jawab casually je
ekceli point sebenar kak ogy dlm interview tu nk promote teater sheols berlakon
tajuk di sebalik topeng
tp tgk la reporter msia highlight ape

that's why la dak2 baru retis x pentingkan kualiti dlm berkarya instead of jaja publisiti yg cheap
sbb ada enabler nya


Quote Binderclips 7-10-2024 08:47 AM
supernaturalee replied at 7-10-2024 08:39 AM
reporter yg tny
so dia jawab casually je
ekceli point sebenar kak ogy dlm interview tu nk promote  ...

Mmg dr dulu kot mcm ni. Reporter dtg press conference artis pesal perkara lain. Yg dijadikan artikel pesal perkara lain.
Quote sangbara2020 7-10-2024 11:54 AM
entahlah iolls xtgk tibi ....soo...kozer layann
Quote EncikRhoma 7-10-2024 08:10 PM
Kau dulu bahan azwan ali pun xde mintak izin dia. Kalau tak, tak kena saman la kan...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.046353 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top