CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima sekawan mengaku tidak bersalah tuduhan cuba bunuh polis, lakukan khianat

4-10-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 44102| Komen: 5

 


Kangar: Lima sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh anggota polis dan melakukan khianat dengan memotong kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM), bulan lalu

Mohd Firdaus Abdul Hadi, 34; Muhammad Alif Saiful Ahmad Zaini, 31; Muhammad Badrul Amin Ahmad, 26; Muhammad Yasin Zairi, 20; dan Abdul Tawwab Abd Ghalib, 36; membuat pengakuan itu hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan pertama, tiga tertuduh iaitu Mohd Firdaus, Muhammad Alif Saiful dan Muhammad Badrul Amin bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa cuba membunuh anggota polis dengan melanggar MPV Proton Waja dinaiki mereka menggunakan kenderaan jenis Proton X70.

Kesalahan didakwa dilakukan di Taman Jejawi, Arau antara 4 pagi hingga 4.20 pagi, 27 September lalu.

Sementara, Abdul Tawwab dituduh melakukan cubaan bunuh terhadap anggota polis dengan memandu kereta Perodua Myvi dengan laju dan berbahaya di lokasi dan masa sama.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Bagi pertuduhan kedua, kelima-lima mereka bersama seorang lagi masih bebas didakwa melakukan khianat dengan memotong kabel milik TM hingga menyebabkan kerosakan kepada harta itu di Taman Jejawi, Arau antara 4 pagi hingga 4.20 pagi, 27 September lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S Ganesan dan Muhamad Amirul Mansor.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober depan untuk sebutan semula kes.


Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 4-10-2024 11:10 PM
Apesal jahat sgt? Apa polis tu dh buat kat diorg? Campak je diorg kat gaza sana. Buang duit tax je bela diorg dlm jail.
Quote azimodin 4-10-2024 11:53 PM
Dah 3 kali baca tapi aku x boleh connect the dots. So malaun2 ni ada 2 kereta la kan, 1 x70 lagi 1 myvi. Polis ni tangkap dorang curi kabel ke? Polis2 yg terlibat xde yg cedera ke?
Aku harap dorang ni dibenarkan ikat jamin la. Risau nanti malaun2 ni pergi serang balai polis sebab berdendam pulak
Quote B40tastePosh 5-10-2024 01:24 AM
Tak paham? potong kabel TM untuk membunuh.

Zaman apa masih guna landline ni

Macam berita tahun 80 an 90an
Quote PULANGKAN 5-10-2024 04:29 AM
azimodin replied at 4-10-2024 11:53 PM
Dah 3 kali baca tapi aku x boleh connect the dots. So malaun2 ni ada 2 kereta la kan, 1 x70 lagi 1 m ...

aku ingatkan aku sorang confuse baca. rasa macam sengal pulak baca berita subuh katak macam ni. ke memang penulisan berita ni mengelirukan?
Quote nisako 7-10-2024 09:41 AM
wow berani nyee

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.031853 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top