CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 rakyat Palestin dilaporkan mengamuk di Wisma Transit Kuala Lumpur. Tidak puas hati dihadkan pergerakan, terlalu lama di WTKL

4-10-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17557| Komen: 217|Original author: akido_kido

 


Sintok: Insiden kekecohan membabitkan sekumpulan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) kelmarin, terjadi apabila segelintir mereka tidak berpuas hati apabila berada terlalu lama di lokasi terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata warga Palestin terbabit terutamanya kanak-kanak dibawa ke negara ini menggunakan pas khas bagi tujuan mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera.

Disebabkan itu jelasnya, kanak-kanak terbabit yang diiringi keluarga masing-masing tidak ditempatkan di kawasan luar WTKL kerana bagi memudahkan kawalan dan keselamatan mereka.

"Warga Palestin dibawa ke sini itu adalah sebahagian komitmen kita untuk membantu mereka yang menjadi mangsa perang terutama kanak-kanak yang tercedera untuk dirawat, mereka anak-anak maka mereka datang dengan penjaga.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) berperanan mengeluarkan pas, insiden itu tercetus kerana ada segelintir mereka berasa tidak berpuas hati sebab diletak di transit dan dihadkan pergerakan kerana tujuan asal untuk dirawat sesuai dengan pas yang dikeluarkan.


"Keputusan ketika itu adalah membawa mereka untuk mendapatkan rawatan, logiknya tak akan kita nak letak mereka bersepah merata-rata, letak di situ memudahkan kita jaga, kawal termasuk aspek keselamatan, jadi mungkin mereka lama jadi tak betah di satu tempat dan berhasrat dibenarkan pergerakan diperluas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Townhall Bersama Menteri Dalam Negeri Sempena Minggu Suai Kenal Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.

Saifuddin berkata, berikutan itu pihaknya sedia mengkaji kesesuaian pas yang boleh dikeluarkan kepada warga Palestin terbabit mengikut kesesuaian Akta Imigresen.

Katanya, perkara sama pernah dibuat ke atas pelarian perang Syria yang dibawa ke negara ini beberapa tahun lalu, apabila mereka dibenarkan tinggal sehingga tiga tahun.

"Di peringkat KDN kita telah berbincang bagaimana perancangan ke depan kerana di bawah Akta Imigresen ada pelbagai pas dan kita lihat apa pas bersesuaian untuk tujuan itu.

"Saya bersetuju dengan pandangan Menteri Pertahanan yang merayu kepada rakyat Malaysia agar jangan dibuat suatu tanggapan umum, mempersalahkan pihak tertentu dan minta mereka dihantar balik.

"Mereka ini negaranya sedang berperang, negara hancur, tak masuk akal kita desak hantar pulang hanya kerana insiden sebegini, yang penting kita cari penyelesaiannya bagaimana undang-undang sedia ada dapat digunapakai untuk disesuaikan dengan keberadaan mereka di sini," katanya.

Rabu lalu, sekumpulan warga Palestin didakwa bertindak kasar dengan membaling selipar ke arah salah seorang pegawai penguat kuasa dan merosakkan harta benda premis berkenaan dipercayai kecewa selepas tidak diizinkan untuk menginap di luar WTKL.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini, perkara terbabit membuatkan kumpulan berkenaan 'naik angin' sehingga mencetuskan kekecohan di hadapan balai pengawal WTKL bersama keluarga serta rakan lain.






Sumber  – Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fattymah 4-10-2024 02:55 PM
Edited by fattymah at 4-10-2024 02:57 PM

Tak sakit pun eh.. elok pulak tendang2 gitu.. boleh charge vandalism ke dok
Quote berusjamban 4-10-2024 03:02 PM
Hahahaha tu yg korang dok backing melalak sgt pasal Palestin...
Quote jejaka_hensem 4-10-2024 03:08 PM
"bagai melepaskan anjing yg tersepit"

Quote syamzana 4-10-2024 03:14 PM
girtuhhhh....
patut la bangsa ni yg terpilih bertempur dgn yahudi, pompuan+bdk2 pun sakan aihhh. kasar betul.
Quote _kelly 4-10-2024 03:14 PM
padan muka korang
Quote Atata 4-10-2024 03:16 PM
ya ampun bikin malu anggota betolll laaa penat aku bergasak pasal dorang ni

Tp ada komen2 ckp ni orang2 kaya yang entitled much drg sini harap2 dapat keluar dari war zone tapi kena kurung tak diberi keluar oleh gov malaysia
Quote Atata 4-10-2024 03:17 PM
IMG_3404.jpeg
Quote exclusive_vvip 4-10-2024 03:22 PM
dah bleh gi beli nescafe ke?
Quote IzzahF 4-10-2024 03:25 PM
khas untuk ummah yg sikit2 sedara seislam..amikla, angkutla lg byk2..buh la dlm rumah korang barang seketul dua. blm setahun aiols kutuk...dah ada kejadian
Quote kucingitam 4-10-2024 03:26 PM
takyah di layan drg ni.. hantar balik negara asal. .
Quote ChildrenOfBodom 4-10-2024 03:31 PM
Sebab simpati kt parasit celaka ni starbucks dan mcd pakat tutup habis. No wonder isroel hati kering bom celaka2 ni to oblivion. Mcm dajjal sangat perangaii
Quote kemaruk 4-10-2024 03:32 PM
Baru diuji dengan rohingya pon kita dah tak tahan

Nah, ini baru secebis perangai orang arab yang kita rasa.. acaner, boleh tahan?
Quote fortiori13 4-10-2024 03:38 PM
Nape tak panggil polis je suruh tangkap acik2 yg ngamuk tu. Siap pecahkan pasu, baling selipar bagai, elok kasi duduk dalam je.
Quote fortiori13 4-10-2024 03:39 PM
kucingitam replied at 4-10-2024 07:26 AM
takyah di layan drg ni.. hantar balik negara asal. .


Setuju, hantar je balik
Quote ladyxez 4-10-2024 03:41 PM
Masa sampai nampak berhandbag bagai , saya fikir yg nmpk sihat walafiat ni datang utk iringi family yg cedera tp tak perlu nk iring bagai, bg je seat tu utk yg betul² perlu rawatan
Quote fattymah 4-10-2024 03:41 PM
fortiori13 replied at 4-10-2024 03:38 PM
Nape tak panggil polis je suruh tangkap acik2 yg ngamuk tu. Siap pecahkan pasu, baling selipar bagai ...

Dah ada laporan polis.. iols baca laporan polis tgh tadi
Quote ultra78 4-10-2024 03:42 PM
Baru korang kenal perangai arab palestin mcm mana..

Senang aje, panggil IDF utk settlekan masalah mereka..
Quote Skuau 4-10-2024 03:45 PM
kemaruk replied at 4-10-2024 03:32 PM
Baru diuji dengan rohingya pon kita dah tak tahan

Nah, ini baru secebis perangai orang arab yang ki ...


Orang Sarawak racist....vs saudara seagama indon,bangla,pakis,rohingya,ereb....
Quote ifanonline 4-10-2024 03:46 PM
kebanyakan umat islam tak paham sebenarnya isu palestine ni...apetah lagi pemahaman org kapir...

palestine harus diperjuangkan sebab baitulmuqadis...di mana rasul naik berjumpa tuhan sewakti israk dan mikraj

cuba aku bagi senario mcm ni, sekiranya madinah dan mekah di serang...adakah kita tidak membantu warga islam di sana?

sekarang ni benar2 keimanan umat islam di uji

Lihat semua komen(217)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.207963 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top