CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Terima Kasih Ingatkan Saya Bukan Zayn Malik” - Zynakal tak terasa hati terhadap individu yang face shaming dirinya

4-10-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 57169| Komen: 11

 


Penyanyi Zynakal tak terasa hati apabila ada individu mengeluarkan kenyataan face shaming terhadapnya di media sosial. 

Memetik mStar Online, Zynakal sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan kerana mengingatkan siapa dirinya yang sebenar. 

“Jujur saya tak ambil hati sebab betul juga apa dia katakan. Terima kasih mengingatkan saya ialah Zynakal dan bukan Zayn Malik. 

“Perkara itu tak jadi masalah sebab saya bersyukur berada dalam bidang muzik, kalau bidang lakonan imej penting memandangkan wajah keluar TV. Muzik orang lebih cenderung dengar suara. Saya tak marah sebab apa dia kata itu memang betul,” katanya.

Sementara itu, Zynakal berkata netizen ada hak untuk menyuarakan pendapat mengenai penampilan seseorang malah dia sudah biasa dengan komen face shaming sehingga tak terasa apabila ada yang mengutuknya.


“Saya tak kisah zaman sekarang netizen ada hak bersuara jadi biarlah apa mereka nak kata. Tambah pula saya dah pernah dengar perkara sama sejak dulu,” katanya.

Sebelum ini, Zynakal menerima komen daripada netizen mengatakan penyanyi itu tiada rupa tetapi ada suara dan lagu yang hebat.



Sumber  – mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-10-2024 11:33 PM
Zayn pun dah huduh gundu sekarang.
Quote anilanil 4-10-2024 11:46 PM
Yg body shaming tu blom tentu ada GTR. Wat lek sudah, jaga jer account bank ko baik2. Jgn kena tipu ngan kawan lagi
Quote azimodin 4-10-2024 11:59 PM
Tapi dia ni ok berlakon watak komedi. Xkayu.
Quote kucim 5-10-2024 12:02 AM
P servis muka mcm hael husaini...confirm glow uo
Quote Kurex 5-10-2024 12:22 AM
iols cuma faceshaming muka tua macam muka mira basic, kemut, joi repah,  melvins adik beradik perangai pprt berjiwa setinggan. kalau muka menggerutu iols kata muka ristina
Quote hokeypokey 5-10-2024 01:53 AM
muka huduh takpe jgn perangai huduh
Quote CikHasanah 5-10-2024 05:18 PM
Kalau dia nak upgrade muka dia, boleh je. Bukannya tak ada duit. Tapi dia terima and redha  apa yang Allah bagi.

Which is good.
Quote Olumis 5-10-2024 11:22 PM
Kesian pula. Dik, memang rupa agak kurang tapi disenangi sebab rendah hati. Semoga sukses. Jangan sj rupa dan sikap seiring nanti dibenci.
Quote brainbiru 6-10-2024 04:18 PM
Kurex: iols cuma faceshaming muka tua ...

Joi repah dh lama x da dlm persada gossip cari, tapi masih dlm ingatan kurek erk..walauuuupun
Quote bottompro 6-10-2024 08:07 PM
Muka heols mcm giant versi kuwus
Quote hujanrindu28 7-10-2024 12:23 AM
Zayn who????

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.288949 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top