CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

“Pelik-Pelik Cara Orang Kaya Makan..” – ‘Founder’ Tudung Kongsi Pengalaman ‘Fine Dining’ RM12K, Siap Jilat Pinggan

5-10-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 65436| Komen: 38

 


Pengasas tudung jenama ‘Bawal Exclusive’, Haliza Maysuri ada berkongsi pengalaman menikmati makanan ‘fine dining’ di sebuah restoran mewah terkenal di Thailand.

Dalam hantaran tersebut, Haliza dan suami dilihat dibawa ke sebuah bilik istimewa dan difahamkan juga, pelanggan yang hadir untuk menikmati pengalaman itu perlu membelanjakan RM12,782.97.


"Bilik ini boleh muat seramai enam orang dan kalau nak buat tempahan, minimum perbelanjaan ialah sebanyak 100,000 baht (RM12,740.60)."

"Harga itu untuk enam orang dan sambil-sambil makan, kita boleh tengok cef menyediakan makanan secara ‘live’ dalam bilik ini."

Usahawan itu kemudian menunjukkan hidangan-hidangan yang disediakan restoran mewah itu namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah satu hidangan itu perlu dinikmati dengan cara menjilat pinggan.


"Makan malam di restoran mewah ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan.Dengan 21 menu dari seluruh dunia seperti India, Jepun, Eropah dan banyak lagi, setiap hidangan yang disajikan adalah seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan!
"
Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri.Selama tiga jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia."

Perkongsian Haliza itu kemudian mencetuskan pelbagai kritikan dan respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya teruja dengan perkongsian tersebut.

Namun ada juga meluahkan rasa pelik melihatkan hidangan mewah yang perlu dijilat terus dari pinggan selain kuantitinya yang sedikit di sebalik harganya yang mahal.


Sumber  –  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wafeloren 5-10-2024 11:15 AM
Founder yg try hard nk tunjuk kaya
Quote sfrnna 5-10-2024 11:47 AM
Clickbait betul. Org tu menjilat sbb dah gitu cara makannya. Aku igt dia mmg menjilat sbb terlampau sedap / melawak / berperangai ghetto. Walaupun tak suka makcik ni tp tajuk mmg mengundang dosa je kalau x tgk video.
Quote Perawankota 5-10-2024 11:58 AM
12k utk fine dining mcmtu ok lah utk org mcm dia..
Quote Tiggybiru 5-10-2024 12:22 PM
Hahahah teringat cerita thailand aku tgok kat netflix Hunger

Okayy2 the rich and famous are like this huh
When regular cant fulfill your appetite anymore
You need a certain level of experience you know to get the satisfaction feeling
Where us marhaen people is enough with some rm5 nasi goreng kampung here for comfort food
Quote miss_perfect 5-10-2024 02:55 PM
Orang-orang kaya ni selalunya tak kisah untuk bayar untuk experience but kita tak tau la niat sebenar pihak yang sediakan tu.

I teringat baca novel Sophie Kinsella, My Not So Perfect Life. Kate ni lepas kena pecat dengan bos lama dia balik kampung tolong ayah dia bukak glamping BnB. Satu hari tu ex bos dia datang situ... So dia nak balas dendam dia reka konon ada slot macam authentic experience practiced by ancient people padahal dia suruh ex boss dia tu lumur lumpur kat muka la, suruh baring kat padang tengah panas la... Ex boss dia ikut je sebab konon benda tu amalan authentic, dan diendorse oleh Gwyneth Paltrow, padahal si Kate tu reka sendiri.
Quote mawardia 5-10-2024 03:18 PM
Kot ye pun bukak ler tag tudung dulu. Terjuntai-juntai kat belakang.
Quote missyL 5-10-2024 03:58 PM
Kesian.
Die x sedar tp die sedang di perbodohkn so called high end brand
Quote dagusengett 5-10-2024 07:08 PM
Ewww apa high end sgt ke nak kena menjilat pinggan even tho that is how they wish for cust to eat it
Have some dignity for yourself
Jilat jari okayla ikut sunnah
Quote brainbiru 5-10-2024 08:15 PM
Tudung dia tu tag tudung ke?
Quote misszazaz 6-10-2024 11:04 AM
mawardia: Kot ye pun bukak ler tag tudung dulu. Terjuntai-juntai kat belakang.


perasan jugak yg ni...lupa bukak ke pesen

Quote brainbiru 6-10-2024 12:23 PM
mawardia: Kot ye pun bukak ler tag tudun ...


Jgn lps pakai, di sangkut kat hanger kat butik tu n jual balik udah le
Quote brainbiru 6-10-2024 12:26 PM
Yg aku x faham sifir geng2 bawal exclusive ni..

"Klu boleh pakai handbag puluh2 rindu, kenapa pakai tudung utk tutup aurat berkira nak beli tudung ratus2, ribu2"

"Pakai handbag jenama mahal2 ribu2 boleh. Apa salahnya pakai telekung cNtik2 ribu2 bling2 mengadap Allah"

Prfffttt
Quote pinksarah 6-10-2024 05:36 PM
tag tudung terjuntai tu mmg disengajakan ke atau mcm mana?

she reminds me of hanis haizi kepam thread sebelah zmn bertudung

hard up dgn branded smpi scarf tag x buka

lps tu jual dkt customer as something new

Quote rendangayam 6-10-2024 06:22 PM
Nampak cantik pulak tudung ni terbentuk ya..
Quote hujanrindu28 7-10-2024 12:18 AM
Duit ada, class tak ada
Quote Heydidle 7-10-2024 01:53 AM
brainbiru replied at 6-10-2024 12:26 PM
Yg aku x faham sifir geng2 bawal exclusive ni..

"Klu boleh pakai handbag puluh2 rindu, kenapa pakai ...


Bodoh btl statement penjual agama
Quote nisako 7-10-2024 09:34 AM
suka buat content bodoh
Quote gangerina 7-10-2024 10:27 AM
tak tau kenapa muka mcm selalu nampak tak mandi....
Quote tompie 7-10-2024 11:59 AM
soklan bodoh aku... Halalan toyyiban tak?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.078234 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top