CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP tak pernah ‘mengemis’ jawatan di Johor. Jika nak jawatan kerajaan, kita lawan pada pilihan raya dan menang – Anthony Loke

7-10-2024 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14326| Komen: 1

 


JOHOR BAHRU – DAP tidak pernah sesekali mengemis sebarang jawatan mahupun mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP ketika ini selesa memainkan peranan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai pengimbang yang menyokong kerajaan negeri.

Justeru, katanya, pihaknya meminta supaya polemik Pakatan Harapan (PH) Johor mahu Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, dihentikan.

“DAP tak pernah dan tidak akan mengemis jawatan kerajaan negeri. Jika nak jawatan kerajaan, kita lawan pada pilihan raya dan menang.

“Nasihat saya pada ahli DAP supaya bersabar dan mainkan peranan kita sebagai ADUN dan Ahli Parlimen. Kita teruskan berkhidmat, pastikan kita kuat dan menang sokongan rakyat supaya dapat kekal setiap kerusi kita,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor, di Ekoflora, di sini hari ini.


Sebelum ini, beberapa pihak dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) terus mendesak supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akhir bulan lalu.

Ia kemudian disambut beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang kemudiannya menimbulkan polemik berterusan antara PH dan BN.

Anthony berkata, DAP menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menitahkan tiada pembangkang di Johor sebaliknya hanya ada wakil pengimbang.

Malah katanya, beliau sudah memaklumkan kepada Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor sejak tahun lalu supaya tidak perlu bincang, ungkit mahu pun mencadangkan mengenai penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 7-10-2024 12:24 PM
Parti paling banyak kerusi dalam parlimen.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050949 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top