CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup tipu polis buat report palsu, takut bini marah duit berjumlah RM850 hilang

7-10-2024 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14538| Komen: 9

 


KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki sanggup membuat laporan palsu gara-gara takut dimarahi isteri kerana wang wanita itu berjumlah RM850 hilang.

Perbuatan suspek berusia 25 tahun itu memakan diri apabila dia diberkas pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, suspek membuat laporan di Balai Polis Kota Samarahan pada pukul 8.22 malam semalam mendakwa dia disamun dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 dan Honda Wave.

Suspek mendakwa dia mengalami kecederaan selepas dilibas kerambit sehingga kehilangan wang tunai RM850. Tiga bungkusan milik pelanggan dan telefon bimbit Redmi Note 9 berwarna biru turut dilarikan dalam kejadian di Kampung Tanjung Bundong itu.

Walau bagaimanapun, hasil soal siasat pihak polis mendapati kejadian jenayah samun itu sebenarnya tidak berlaku.

“Suspek mengaku membuat laporan palsu kerana wang isterinya RM850 hilang semasa tidur di tempat letak kereta di Bandar Riyal. Dia berbuat demikian bagi mengelak dimarahi wanita itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Jaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 7-10-2024 09:03 AM
Brader ni tapenah baca sokkabar gamaknye.
Ntah brapa byk kes tkantoi wat repot pelesu.
Pulis kita bukan buduh sgt yer.
Quote ketambangkang 7-10-2024 10:59 AM
entah2 duit tu x ilang pon..ko guna buat beli benda lain
Quote ketambangkang 7-10-2024 11:00 AM
entah2 duit tu x ilang pon..dia guna buat beli benda lain
Quote pokokmeranti 7-10-2024 11:56 AM
jgn memandai salahkan bini....buruk padahnya kejutkan harimau yg sedang tidur
Quote fanaz82 7-10-2024 03:47 PM
ko buat apa duit tu?
Quote Jitu 7-10-2024 04:10 PM
takut bini
Quote belacan_gurl 7-10-2024 07:30 PM
Alah ckp jerla tercicir kat polis...tapi nk buat report sbb nk buat lesen ic semua...dah ada report..bini pun caya...yg beria buat cerita kena samun dah kenapa.. adoii la kan dh mendapat
Quote Acik2kepam 7-10-2024 09:20 PM
Adoi tak memasal je
bini sebenarnya bleh terima je duit tu hilang
Asalkan jangan menipu
Perempuan ni tak suka laki menipu dan curang je
Yg lelain dorang ok jelaaa
Quote gideoncross 7-10-2024 09:50 PM
Acik2kepam replied at 7-10-2024 09:20 PM
Adoi tak memasal je
bini sebenarnya bleh terima je duit tu hilang
Asalkan jangan menipu

Including x suka kat cigars & vapes

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.089583 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top