CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri ‘Terkantoi’ tak jadi curi bateri kereta

8-10-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21790| Komen: 2

 


PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki didakwa mahu mencuri bateri sebuah kereta Proton Iswara tidak kesampaian apabila dia ditegur seorang penduduk, dalam kejadian dipercayai berlaku di Meru Heights, Ipoh, Perak.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Imika Malaysia, kelihatan Proton Iswara berwarna merah diletakkan di tepi jalan dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam masa sama, seorang lelaki memakai topi keledar membuka bonet kereta dan sedang menggunakan alat dikatakan mahu mengambil bateri kereta.

Bagaimanapun, individu itu membatalkan niatnya selepas ‘terkantoi’ dengan pengguna TikTok tersebut yang menegurnya dari atas balkoni rumah.

“Repair (baiki) apa bang? Motosikal tadi siapa tu, nampak nombor plat tu bang. Tak ada eh, boleh ye. Macam-macam hal sekarang. Tu dia tadi percubaan curi bateri, kawan dia tunggu hujung sana. Jangan buat macam ni ye, nasib baik,” katanya.


Lelaki itu kemudian menutup bonet kereta dan menjawab pertanyaan itu seperti tidak acuh, serta pergi ke arah seorang lagi lelaki yang menaiki motosikal sedang menunggu di hujung jalan.

Video tersebut tular dan mendapat pelbagai maklum balas, malah ada yang berkongsi pengalaman bateri kenderaan dicuri pihak tidak bertanggungjawab.


“Proton Wira suami saya dua kali hilang bateri. Proton Saga yang lama pula, dengan kereta hilang terus,” kata seorang pengguna TikTok.

“Tak padan dengan penat lelah, harga bateri kereta berapa lah sangat nak beli beras 5kg pun tak lepas,” ujar individu lain. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 8-10-2024 03:27 PM
x de kerje lain eh nk curi je
Quote Skuau 8-10-2024 04:03 PM
nisako replied at 8-10-2024 03:27 PM
x de kerje lain eh nk curi je

KERJA mencuri jer ngko ni.....

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.183284 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top