CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Diari kuatkan gosip cerai Aishwarya Rai dengan Abhishek Bachchan

9-10-2024 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34484| Komen: 20

 


SPEKULASI perceraian pasangan sensasi, Aishwarya Rai dengan Abhishek Bachchan masih menjadi tanda tanya namun penyebaran petikan diari didakwa tulisan aktres terbabit menguatkan lagi berita perpisahan mereka.

Dalam laman sosial, tersebar satu halaman sebuah diari yang menzahirkan perasaan sedih, sepi, hubungan ideal serta kebosanan dalam kehidupan.

Petikan yang dikatakan luahan ratu cantik terbabit seolah-olah menggambarkan rutin hariannya yang serba tidak kena kebelakangan ini.

 
Bahkan, dalam petikan tersebut Aishwarya juga mengakui enggan bersuara kerana tidak mahu membuka pekung pihak lain.


Pada masa sama, dia tidak menafikan halaman diari yang tular itu adalah miliknya, manakala Abhishek tidak memberikan sebarang respons berhubung spekulasi perpisahan dengan isterinya.

Rumah tangga pasangan yang berkahwin pada 2007 itu dikatakan sudah lama bergolak namun masing-masing didakwa enggan mendedahkan kepincangan hubungan demi nama baik keluarga.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 9-10-2024 03:32 PM
Both of them ni if dari awal duduk rumah sendiri, maybe dpt avoid penceraian. Susah kot duk ngn mentua lg org pon tahu jb tu mcm mana
Quote azimodin 9-10-2024 03:39 PM
JB tu iouls x berkenan la. Aura mak mertuaku dari neraka tu kuat. Aish pulak kawen dengan terpaling anak emak, mendapat la.
Quote prince_marhaen 9-10-2024 05:09 PM
jangan kata jadi menantu, jadi jiran family Bachan ni pun orang tak nak ye... dengan perangai JB macam hantu, depan camera pun macam hantu, apa lagi duduk serumah ye... bishek pulak jenis anak mak.. neraka ye menantu2 dia..
Quote cm_asamkumbang 9-10-2024 05:33 PM
Alahai nampak tua sangat pulak AIshu dlm gambar atas. Dah mcm tak sepadan pulak dgn laki dia.
Quote L.U.S.M 9-10-2024 07:20 PM
Ni lagi sorg xdpt duit raya jgk keee???
Quote Nizleen86 9-10-2024 09:08 PM
Ni lagi satu kapel. Bini dah lawo laki pulak anak mak. Mintak2 nanti deepavali diorang bermaafan la.
Quote fanaz82 10-10-2024 08:37 AM
xde ke gambar diarinya? aku pn nk baca jgk.
Quote NaylaArisha 10-10-2024 09:31 AM
https://www.india.com/entertainm ... iral-video-7252434/
Quote NaylaArisha 10-10-2024 09:31 AM
https://www.firstpost.com/entert ... e-and-13822533.html
Quote NaylaArisha 10-10-2024 09:32 AM
fanaz82 replied at 10-10-2024 08:37 AM
xde ke gambar diarinya? aku pn nk baca jgk.


Quote gideoncross 10-10-2024 09:34 PM
Laaaa, lgi stu crita psl pnceraian
Quote Paiya 17-10-2024 04:26 PM
boleh kembali ke pakcik Salman
Quote haruno_sakura 23-10-2024 02:19 PM
Paiya replied at 17-10-2024 04:26 PM
boleh kembali ke pakcik Salman

Kalau betullah dorg get back balik mmg epi sgtttttt hehe
Quote haruno_sakura 23-10-2024 02:20 PM
Berita terbaru dgau semalam kata abhishek dh ada org lain
Quote Paiya 23-10-2024 02:54 PM
haruno_sakura replied at 23-10-2024 02:19 PM
Kalau betullah dorg get back balik mmg epi sgtttttt hehe

ahaha..
tapi pakcik tu ada gf kan?
lagi muda dari aish..


Quote borrow 24-10-2024 12:29 PM
mesti teruk kan rumahtangga parents asyik jd bualan media. Dh la tgh remaja, anak tunggal plak tu.
Quote che_yatt 25-10-2024 12:50 PM
haruno_sakura replied at 23-10-2024 02:20 PM
Berita terbaru dgau semalam kata abhishek dh ada org lain

Elokla biar gf tu pulak hadap peel jaya blacan tu
Quote JahLupa 28-10-2024 12:39 AM
Mama’s boy.  Patut x yah duk serumah.
Quote beatgirlX 31-10-2024 11:37 AM
Mana satu ni? Abshek kata masih suami isteri

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063159 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top