PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang didapati menghisap rokok di sebuah restoran di sini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan perkara itu menerusi foto tular di laman X hari ini. “Foto tersebut memaparkan anggota polis peronda atau ‘mobile patrol vehicle’ (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya merokok di sebuah restoran. “IPD Petaling Jaya telah membuka kertas siasatan tatertib berhubung pelanggaran undang-undang serta ketidakpatuhan prosedur operasi standard pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Shahrulnizam berkata, polis tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan tindakan tegas akan diambil. Terdahulu, tular di laman X foto seorang anggota polis sedang merokok di sebuah premis makanan.
Hantaran tersebut turut memetik PDRM dan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan Akta Kawalan Produk Demi Kesihatan Awam 2024 yang berkuat kuasa sejak 2 Februari lalu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
pearl.silver replied at 10-10-2024 07:25 AM
Polis xleh merokok ke?
matseh replied at 10-10-2024 08:49 AM
Kawan tu off duty kejap, itu pun nk viral. Padahal, dia berpanas, berhujan menjaga keselamatan org r ...
supernaturalee replied at 10-10-2024 07:54 AM
rokok haram
so....
matseh replied at 10-10-2024 08:49 AM
Kawan tu off duty kejap, itu pun nk viral. Padahal, dia berpanas, berhujan menjaga keselamatan org r ...
sara_thrash replied at 10-10-2024 10:13 AM
Larangan merokok di premis makan telah diwartakan pada 1 Januari 2019. Ia melibatkan larangan di s ...
kakigebang replied at 10-10-2024 08:56 AM
Skng ni nak merokok pun kena tfk tempat...smoking kat restoran is a no no...lebih2 lagi kalau pakai ...
ADVERTISEMENT