CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib ahli, CEO GISBH sama ada ditahan mengikut SOSMA atau dibebaskan diketahui hari ini

10-10-2024 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27947| Komen: 10


 


KUALA LUMPUR: Nasib 24 individu termasuk pimpinan tertinggi rangkaian GISB Holdings (GISBH), akan siasat selanjutnya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diketahui hari ini.

Ini berikutan tempoh tahanan reman terhadap mereka berakhir hari ini.

Setakat ini berkemungkinan besar, semua atau sebahagian individu terbabit termasuk Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, bersama isteri dan anak akan siasat selanjutnya mengikut akta itu.

Manakala bagi mereka yang tidak akan ditahan mengikut SOSMA, berkemungkinan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadap mereka selesai.

24 individu terbabit sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 12 Akya Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Tindakan itu adalah seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini pada 3 Oktober lalu.


Sebelum ini seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISBH ditahan semula di bawah SOSMA selepas tempoh tahanan reman mereka berakhir manakala 127 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Semua yang terbabit dalam organisasi GISBH ditahan dalam Operasi Global 2024 (Op Global 24) bermula dari Fasa 1 sejak 8 September lalu hingga Fasa 4, pada 21 September lalu.

Satu sidang media akan diadakan petang ini, berhubung perkembangan terkini Op Global 24 oleh Tan Sri Razarudin berkaitan perkembangan siasatan dan tindakan terhadap GISBH di ibu negara.




Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 10-10-2024 12:41 PM
Setiap manusia yg menganiaya manusia lain, semoga mereput dalam neraka terpaling dalam.
Quote Kitty_catz 10-10-2024 01:07 PM
ada chance boleh lepas ke set2 skibidi bidi nehh?

yihhhhh sangt la kalu lepas
Quote Acik2kepam 10-10-2024 04:51 PM
So lepas ke cemana? Ada update tak
Quote edayildiz 10-10-2024 04:53 PM
muka mcm alim tp........
Quote Acik2kepam 10-10-2024 04:54 PM
Kitty_catz replied at 10-10-2024 01:07 PM
ada chance boleh lepas ke set2 skibidi bidi nehh?

yihhhhh sangt la kalu lepas

Itulah kalau lepas bergumbira la puak2  yg menyokong dorang ni
Quote FOTHER-MUCKER 10-10-2024 05:16 PM
Bisnes di luar negara juga dah tutup

Quote Kitty_catz 10-10-2024 06:04 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-10-2024 05:16 PM
Bisnes di luar negara juga dah tutup

yaaa bebudak mara suke dtg sini.. sbb murahh

some kata sedap.. tp most kata tak sedap

u penah try ka?
Quote Kitty_catz 10-10-2024 06:06 PM
Acik2kepam replied at 10-10-2024 04:54 PM
Itulah kalau lepas bergumbira la puak2  yg menyokong dorang ni

sbb katanya nak kacau ekonomi orang isleee

islee mender tax ,zakat, gaji , supplier, sewa apa semer pun culas... worse jadikan hamba abdi pulak


Quote FOTHER-MUCKER 11-10-2024 10:11 AM
Kitty_catz replied at 10-10-2024 02:04 AM
yaaa bebudak mara suke dtg sini.. sbb murahh

some kata sedap.. tp most kata tak sedap

Sebelum covid19 saya selalu datang seminggu sekali/dua kali. Bagi saya masakan mereka Sedap.
Quote FOTHER-MUCKER 11-10-2024 10:13 AM
[youtube]Ka6S6bYxbWo[/youtube]

[youtube]live/Ka6S6bYxbWo?si=LY-Fv4tRknDVv8Zw[/youtube]

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043524 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top