KUALA LUMPUR - 'Rumah merah' di Jalan Petaling di sini yang menawarkan khidmat pelacur wanita Indonesia dengan bayaran serendah RM60 digempur, pada Rabu. Serbuan bermula kira-kira jam 8.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mendapati lokasi itu dipercayai dijaga oleh lelaki tempatan yang berada luar premis bagi memantau kehadiran pelanggan mahu pun pihak berkuasa. Semasa serbuan, terdapat beberapa pelanggan warga tempatan dan asing. Salah seorang wanita Indonesia berusia lingkungan 20-an yang ditahan berkata, dia akui mengetahui kerja yang dilakukannya di premis berkenaan. "Saya baru sampai dari Batam (Indonesia), petang tadi. Pasport ada pada bos. "Ya cik, saya tahu akan buat kerja (pelayan seks) ini," katanya. Tinjauan Sinar Harian di lokasi yang berbau busuk dan kotor terbabit mendapati ruang premis telah dibahagikan kepada bilik-bilik kecil yang dimuatkan katil bagi menempatkan setiap wanita. Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, 12 wanita Indonesia berusia 21 hingga 38 tahun ditahan. Katanya, kesemua wanita itu diambil tindakan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. "Tiga pelanggan warga tempatan telah diberi notis saman saksi untuk hadir ke pejabat imigresen, manakala dua lagi iaitu warga Nepal dan India diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. "Kita turut menahan empat lelaki tempatan kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63," katanya. Tambahnya, dipercayai premis itu telah aktif setahun dan pelanggan datang secara 'walk in'. Sumber - Sinar Harian |
PULANGKAN replied at 10-10-2024 10:52 PM
dah la dengan bau macam-macam
bayar RM60 untuk dapat macam2 STD
Selubung replied at 11-10-2024 01:11 AM
macam mana kira tu? RM 60 sejam?
PULANGKAN replied at 11-10-2024 04:37 AM
ya ampon sis, Iols pun tak tau
AkokKocik replied at 11-10-2024 08:43 AM
Datang walk in??rupanya blh buat temujanji..
nonymous replied at 11-10-2024 09:58 AM
sebat ja semua yg bersekongkol.
PULANGKAN: dah la dengan bau macam-macambayar RM60 untuk dapat macam2 STD
ADVERTISEMENT