CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Curang itu pilihan, tak semua perkahwinan artis berakhir dengan perceraian – Kamal Adli

11-10-2024 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10673| Komen: 34

 


‘Tak semua perkahwinan artis berakhir dengan perceraian’

Demikian kata pelakon Kamal Adli mengenai stigma negatif orang ramai terhadap pasangan selebriti yang berumah tangga diakhiri dengan perceraian.

Pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, adalah tidak benar jika perkahwinan sesama artis sukar untuk kekal lama ekoran gosip liar dan gaya hidup individu yang dikatakan terlampau bebas bergaul.

Tegas pelakon berusia 38 tahun, tidak semua perkahwinan pasangan selebriti diakhir dengan perceraian.

Sebaliknya, ia atas pilihan masing-masing dalam mempertahankan mahligai cinta yang dibina bersama.

“Perkara ini terjadi sebab kami ni artis sahaja walhal banyak lagi kes-kes lain yang lebih teruk.

“Tak ada risiko sebenarnya bidang hiburan ni sebenarnya cuma kerja kami ni memang dalam industri hiburan jadi atas kita sebenarnya nak kawal diri sendiri lagi-lagi kalau isu curang,”katanya.


Tambah suami kepada aktres jelita Uqasha Senrose, curang merupakan satu pilihan seseorang individu selain tidak akui ramai pelakon muda yang memiliki rupa paras cantik, namun ia terletak pada pasangan berkenaan.

“Kalau tak yakin nak kahwin jadi jangan kahwin, tak kisah artis atau tak, semua sama saja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Kamal juga akui golongan wanita sememangnya memiliki sifat emosi yang agak sukar dikawal.

Bagaimanapun, si suami perlu mengatasi masalah berkenaan dengan bijak dan elak daripada sebarang kes pergaduhan dalam rumah tangga.

“Uqasha sendiri pun ada waktunya emosi sebab penat menjaga anak, kerja dan sebagainya tapi apa-apa pun kena bertenang dan berbincang secara baik.

“Betul orang kata jaga bayi ni lagi penat daripada bekerja, kadang-kadang saya pun terlepas juga kata saya pun kerja letih apa semua tapi kena berbincang la bersama.

“Kalau ikutkan emosi itu yang boleh bawa pada perpecahan dan perkara tak elok dalam rumah tangga,”ujar Kamal Adli.

 

Sementara itu, Kamal juga menafikan rumah tangganya dengan Uqasha Senrose sedang bergolak dan ia adalah normal jika suami isteri berdepan dengan pergaduhan dan perselisihan faham.

Dalam perkembangan lain, Kamal Adli membintangi Hikayat Bawang Putih Bawang Merah bersama Mira Filzah, Nabila Huda, Datin Lisa Surihani serta beberapa selebriti baharu seperti Tracie Sindol dan Amalina Arham.

Drama siri empat episod itu bakal bersiaran mulai 21 Oktober, setiap Isnin pukul 9 malam di Astro Ceria.

Sumber: Majoriti (Rizal Zainal), Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 11-10-2024 11:42 AM
Yakin nya kamu berbicara. Iols lock next pasangan bakal bercerai kerna duit.. si bini pun nampak nya dah masuk set. Selalu retis anak setahun lebih baru masuk set. Even retis sendu pun anak dah besar sikit baru kerja. Ni anak kecik dah sambar job. Nampak dah kearah arah itew..
Quote SR4tahun 11-10-2024 12:04 PM
Ni bukan kita baca je meluat, uqashot pun boleh jadi cemik muka baca ni aiyohh
Quote Perawankota 11-10-2024 12:11 PM
Tapi dorg ni selalu gaduh kan…
Quote chandrahusin 11-10-2024 12:20 PM
tapi kannn pasangan yg selalu gaduh
mmg jarang2 cerai
yg diam2 tu yg selalu cerai
makan dalam
Quote tompie 11-10-2024 12:25 PM
chandrahusin replied at 11-10-2024 12:20 PM
tapi kannn pasangan yg selalu gaduh
mmg jarang2 cerai
yg diam2 tu yg selalu cerai

ada betulnye jugak,
Bila selalu bergaduh, semua benda yang terpendam diluahkan...
4lepas dah gaduh tu baru terfikir balik kan..
bila dah biasa bergaduh tu mcm biasa aje lah... gaduh2 pastu ok aje..

Unless ada significant event la... mcm curang ke, etc.
Quote virgocircus 11-10-2024 12:36 PM
Perawankota replied at 11-10-2024 12:11 PM
Tapi dorg ni selalu gaduh kan…

Haaa Dari zaman bercinta gaduh sokmo. Maikel ang pnh mention dlm live dia.
Quote virgocircus 11-10-2024 12:38 PM
Kalo bukan kes curang mmg ada harapan besar utk rujuk atau xjd cerai... Contoh kes fk dd n ahkak hello kitty.
Quote mrseller 11-10-2024 12:46 PM
Tak pergi jauh ni kikiki.
Quote cmf_premierleag 11-10-2024 12:47 PM
Lawonyaaa uqasha walau perangai hauk
Quote Kakak_cun 11-10-2024 12:51 PM
SR4tahun replied at 11-10-2024 12:04 PM
Ni bukan kita baca je meluat, uqashot pun boleh jadi cemik muka baca ni aiyohh

Quote nonymous 11-10-2024 12:57 PM
so kes PA playvictim yg kena debik apa cerita, senyap ja kes tp Uqasha memang lawa, best gak dia berlakon.
Quote rbmy 11-10-2024 02:49 PM
aku tak paham apesel wartawan kena tnya artis2 lain berkenaan kes FA DAN FAZ ni..
mcm takde benda lain
Quote cikpolop 11-10-2024 03:07 PM
biasa kalau da selalu gado kekallll.. sbb masa gado tu semua keluar .. kira puas hati la
Quote I.K.A888990 11-10-2024 03:15 PM
senyap eh kes bini dia
Quote Nnasda53 11-10-2024 03:22 PM
Semoga baik2 sahaja buat semuanya.
Quote DeLuna85 11-10-2024 04:26 PM
Korang next
Quote selipar_hijau 11-10-2024 04:29 PM
keje apa skrg kamal adli ni?
Quote kakasotong2 11-10-2024 04:30 PM
Confident bethol member berkata-kata
Quote awex^returns 11-10-2024 04:31 PM
bukan gossip yang bini ko pukul PA tu ada bau ke ko ngan bini ko berantakan
baik ko diam je dari komen bukan²
takut kalau ko calon seterusmya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.305150 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top