CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ikon permotoran, Haqiem Stopa serah mas kahwin RM77,777.77, perbelanjaan majlis cecah 6 angka

14-10-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12292| Komen: 6

 


Pempengaruh kontroversi, Haqiem Stopa serah mas kahwin RM77,777.77  berserta senaskah al-Quran kepada pasangannya sewaktu majlis pernikahan mereka di Kdh Villa, Sungai Buloh pada Sabtu.

Memetik laporan dari Mstar, Haqiem menyatakan yang dia tidak memberikan wang hantaran, tetapi hanya mas kahwin semata-mata disamping barang kemas buat isteri.


Pempengaruh yang pernah menerima jolokkan ikon permotoran itu turut menyatakan bahawa perbelanjaan untuk perkahwinannya bersama pempengaruh media sosial, Aireena Sofia mencecah enam angka melibatkan tiga majlis iaitu malam berinai (Jumaat), akad nikah dan resepsi yang berlangsung pada Ahad.

“Saya tak nak digelar riak beritahu jumlah untuk kos perkahwinan kami. Saya cuma boleh cakap perbelanjaan tu cecah enam angka saja."

“Saya tak serahkan wang hantaran, cuma bagi duit mas kahwin semata-mata. Selain itu saya bagi cincin dan gelang kepada Aireena,” ujarnya.

Bercerita tentang perkenalan mereka, Haqiem atau nama sebenarnya, Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 24 menyatakan pada awalnya mereka hanya berurusan atas hal perniagaan sahaja.
 

Namun, selepas tiga minggu perkenalan tersebut, mereka memutuskan untuk melanjutkan hubungan ke fasa yang lebih serius.

“Saya mula kenal Aireena masa minta dia buat reviu baju yang saya jual. Saya mesej dia melalui direct message di Instagram minta rate card."

“Saya tak berniat pun nak ngurat dia atau jadikan isteri sebab dia banyak kali ghosting (tidak layan) saya. Sebenarnya dia pun tak nak dekat saya masa mula-mula kenal tu."

“Tapi lepas lebih kurang tiga minggu berkawan, kami putuskan untuk berkahwin. Kebetulan saya baru saja putus hubungan dengan bekas kekasih,” ceritanya.

Jelas Haqiem lagi, mereka tidak pernah keluar berdua sehinggalah hari dia melamar Aireena Sofia memandangkan wanita itu kerap ditemani ahli keluarga setiap kali ingin berjumpa.

“Aireena ni ada ibu bapa yang cukup tegas. Selama ni kalau saya nak serah barang reviu pun kami berjumpa tepi jalan sambil ditemani mak ayah. Lepas serah barang, terus balik."

“Kami ada juga keluar bersama tapi selalunya ada kakak dia teman. Cuma hari nak lamar dia tu, saya ajak dia makan malam berdua. Lepas bagi cincin tanda malam tu, dia bersetuju nak kahwin"

“Jadi kami pun bertunang pada awal Ogos selepas dapat persetujuan kedua-dua keluarga. Tak sangka tempoh perkenalan singkat ni berakhir dengan perkahwinan,” katanya.



Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut memaklumkan yang mereka mengikat tali pertunangan pada Ogos tempoh hari.

Dia menyatakan antara sebab dirinya terpikat dengan isteri adalah penampilannya yang cukup bergaya kerana pandai mengikut trend terkini.

Di akhir perkongsian tersebut, Haqiem Stopa berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan perkahwinan bersama pilihan hati.


Sumber: Mstar, TikTok haqiemstopa, Oh Media 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 14-10-2024 08:49 AM
erkkk bila baca statement bdk ni..
Quote mizruncing 14-10-2024 08:53 AM
banyak giler duit dia. jap dia ni femes sbb apa? ikon permotoran ape? cam ne tuh ekk
Quote cempakaa 15-10-2024 02:37 AM
Famous sebab main motor
Quote kakyun 21-10-2024 09:52 AM
dia viral sebab gelaran ikon tu la
ramai mat motor pertikai gelaran tu
apa sumbangan dia yg tetiba dapat

tengah naik tetiba jatuh...
siap masuk lokap ada kes apa tah aku pun lupa

pastu ada founder ambil dia jadi duta
siap dapat kereta

aku cerita sebab aku pernah jumpa dia kat satu event
bulan 7 aritu so taula skit kisah dia
Quote achinto 22-10-2024 02:21 PM
statement dia "Dia menyatakan antara sebab dirinya terpikat dengan isteri adalah penampilannya yang cukup bergaya kerana pandai mengikut trend terkini"

erkkkk. good luck dik
Quote annabellaruz2 22-10-2024 02:36 PM
terpikat sebab bergaya? Ko tau tak maintenance dia mcm mana?
Good luck .. semoga sampai ke jannah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.026259 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top