CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah edar kad jemputan? Ina Naim nafi bakal kahwin dengan artis - “Artis mana pula nak dengan Ina ni? Dah la anak ramai”

14-10-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24699| Komen: 102

 


Balu kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim nafi bakal kahwin dengan artis selepas ditanya mengenai gosip tular baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim hanya membalas secara ringkas berserta emoji ketawa.

Dalam pada itu, Ina turut mempersoal mengenai gerangan artis yang sudi menikahinya lebih-lebih memiliki anak yang ramai.

“Artis mana pula nak dengan Ina ni? Dah la anak ramai,”katanya menerusi WhatsApp.

Difahamkan kad jemputan hari bahagia pasangan selebriti itu sudah diedarkan di kampung Ina dekat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Sebaik sahaja menafikan khabar angin terbabit, Ina kemudiannya meminta diri buat seketika bagi menguruskan hal di bandar.

Dia bagaimanapun tidak lagi membalas mesej selepas itu.

Terdahulu, media melaporkan Allahyarham Suhaimi Saad meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November tahun lalu.


Jenazah yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.

 
Sekadar info, Ina mendirikan rumah tangga dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: Harian Metr0 (Ridzuan Abdul Rahman), Oh Media 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-10-2024 09:08 AM
takdelah cinta mati sangat si munge ni pada sohai... hihihi
Quote aemon 14-10-2024 09:15 AM
prince_marhaen replied at 14-10-2024 09:08 AM
takdelah cinta mati sangat si munge ni pada sohai... hihihi

gile ko,kalau cinta mati aku rasa x makan anak2 dia.asik la meratib si sohai.
Quote Nnasda53 14-10-2024 09:20 AM
prince_marhaen replied at 14-10-2024 09:08 AM
takdelah cinta mati sangat si munge ni pada sohai... hihihi

Biarla dia pun berhak bahagia dunia..gitewww.
Quote virgocircus 14-10-2024 09:50 AM
So dia nafikan nak kawen dgn retis je kan... Yg bakal kawin dgn dia tu keje apa?
Quote babelina 14-10-2024 10:15 AM
ko pn muda.. nk kawin lg pn per Ina.. asalkn ko dpt yg bole tima ank2 ko sekali.. alhamdulillah la..
moga dipermudahkn urusan n mendapat kebahagiaan.. amin yra..
ot jap.. aku ada ex ofc mate.. dia kawin n ada ank 2.. masa dia mula2 masuk kje.. ktorg pelik.. sbb wkend nmpk dia kt mall sn cni.. kje promoter mcm2 brand.. rupa2nya..kaedah laki dia.. dh beli umah, bg duit belanja bulanan.. nk lebih2 cari duit sendiri.. tu yg buat part time job.. skrg dh cerai.. dpt bf baik pula.. nk kawin dh nie..
Quote afie_m 14-10-2024 10:21 AM
semoga dipermudahkan..
Quote Joysparta 14-10-2024 10:22 AM
Ni set2 tok knowra n anita. Igt chenta mati hat yg lama. Alhamdulillah bettemu jodoh semula gitu
Quote Insomniac 14-10-2024 10:24 AM
Cepat jgk dpt jodoh baru
Quote Lorra2411 14-10-2024 10:30 AM
so,,, btolkah gossip ittuw???
Quote seri_mawr 14-10-2024 11:14 AM
dia muda lagi...ok je..

org tua pun kawen..ni kan pulak dia yang muda......

asalkan dapat laki yang tahu tanggungjawab ok jek....x  hensem pun xpe....
Quote makita 14-10-2024 11:20 AM
Meols sajes laki lecturer tok Nora pinanglah Ina ni.
Quote makciktijah 14-10-2024 11:23 AM
anak2 dia dah bersekolah ke tetap tak sekolah skrg ni?
Quote SherryZass 14-10-2024 11:35 AM
So, gossip nak nikah tu betol ke tidak?
Quote pocongkiutss 14-10-2024 11:43 AM
Paling cepat..tak sampai setahun gituh
Quote brainbiru 14-10-2024 11:43 AM
Tp hang segak ina oiii...
Ada rupa.. kurus..
Quote sukacactus 14-10-2024 11:53 AM
Jumaat baru ni, ada khemah kat dpn rumah jiran aku…ingat kenduri cucu, rupanya nenek bertemu jodoh baru
So apa la sgt takat ina munge ni, kalau nenek 69 tahun pun boleh bertemu jodoh
Quote miss_strangers 14-10-2024 11:57 AM
Laki org ke yinnah...
Quote chandrahusin 14-10-2024 12:04 PM
ramai yg puji Ina kat medsos
pempuan baik
jauhh laa dr panggang
dari yg sorang br ceraikan laki tu kata diorg
aku rasa lelaki2 melayu mmg suka pempuan submissive
yg patuh taat pd laki
Quote chandrahusin 14-10-2024 12:06 PM
sukacactus replied at 14-10-2024 11:53 AM
Jumaat baru ni, ada khemah kat dpn rumah jiran aku…ingat kenduri cucu, rupanya nenek bertemu jodoh  ...

kwn ofis aiols pun baru2 ceritaada jemputan aqiqah cucu kwn yg dh nak pencen ni
rupa2 sambil sessi mengenal suami baru gitu

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.300445 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top