CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Ada Kapal China, Ada Pihak Kata Nak Serang Pulau Pinang. Kita Ada Operasi Ketenteraan Bersama Apa Masalahnya?’ - PM

14-10-2024 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25404| Komen: 9

 


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang, baru-baru ini adalah sama dengan persinggahan kapal luar negara di negara ini sebelum ini sudah menjadi amalan biasa sejak sekian lama.

Jelas Anwar,perkara ini hanya menjadi bualan kepada pihak yang sengaja menimbulkan isu bahkan sudah menjadi amalan biasa kerajaan sejak sekian lama.

Malah katanya, Malaysia sentiasa membenarkan pelabuhan kapal dari semua negara kecuali Israel di sini kerana mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara.

Sehubungan itu beliau tidak melihat wujudnya masalah dengan perkara berkenaan kerana operasi ketenteraan secara bersama itu, bukan sahaja diadakan bersama China, namun juga negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura, Indonesia dan India sebelum ini.

“Ada kapal China, ada pihak kata nak serang Pulau Pinang, kita ada operasi ketenteraan bersama apa masalahnya? Pada saya tiada masalah. Hal itu berlaku sejak sekian lama. Kerajaan dulu ketika zaman Pas dan Bersatu, kapal Israel pun boleh masuk, tidak jadi isu, tetapi sekarang jadi isu.


“Saya hendak beritahu, mereka boleh kata apa yang mereka suka namun dasar berbaik dengan semua negara iaitu kapal boleh berlabuh di pelabuhan kita, akan diteruskan, tiada kompromi,” katanya ketika berucap pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) hari ini.


Anwar berkata dakwaan pihak tertentu bahawa kemasukan kapal perang seolah-olah akan melakukan serangan dan mengambil alih negara tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan.  



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 14-10-2024 02:22 PM
Nak serang isu ekonomi,rasuah pembangang dah takde modal...so tunggang isu mcm ni pon jadi lahhh



Screenshot_2024-10-09-16-17-54-972_com.facebook.lite-edit.jpg
Quote nusaraya 14-10-2024 03:54 PM
Agree with PMX ... Sebagai sebuah Mahawangsa yang terkuat di Alam Semsta  ... Malaysia X sepatutnya takut dengan China ....

Ingat hanya dengan mengirim 100 komando PASKAL.... Beijing, Shanghai, Guandong dapat dengan mudah dimusnahkan oleh pasukan komando PASKAL  terbaik di dunia ini ...
Quote Samerosie 14-10-2024 03:59 PM
Rasanya derang dtg pun sebelum sebelum ni, during Najib's time, during Mahathir's time.  apa masalahnya?  Tiba2 macam bangkit dari kuburan orang2 yg raised this issue.  Macam cerita flag tu, siap bercut and paste pasal tak boleh pasal bendera negara lain kat sekolah.  Ujung2 sekolah kebangsaan dah buat dulu apa cer?   
Quote Skuau 14-10-2024 04:20 PM
nusaraya replied at 14-10-2024 03:54 PM
Agree with PMX ... Sebagai sebuah Mahawangsa yang terkuat di Alam Semsta  ... Malaysia X sepatutnya  ...

TERNYATA...Tiongkok itu asalnya dr Indonesia...
Quote pejol 14-10-2024 04:22 PM
pusing selagi bolehhh pusing
Quote Decaffeinated 14-10-2024 09:37 PM
pejol replied at 14-10-2024 04:22 PM
pusing selagi bolehhh pusing

Siapa yang pusing?

Quote Dwdrum 15-10-2024 01:43 AM
Kannn.. Tidak perlu risau... If memang tradition terus kan saja... Buat apa perang perang buang duit saja... Spark of love better
Quote nisako 15-10-2024 09:31 AM
peace
Quote lostnfaun 15-10-2024 04:40 PM
Bila time dia 'apa masalahnya' tapi bila time org lain dulu segala benda salah, segala benda tak betul.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.033480 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top