CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera China kerah sejumlah pesawat dan kapal perang kepung Taiwan

15-10-2024 12:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27176| Komen: 4

 

TAIPEI – China mengerahkan sejumlah pesawat dan kapal perang untuk mengepung Taiwan dalam latihan tentera yang dikatakan Beijing bertujuan untuk menghantar ‘amaran keras’ kepada kumpulan ‘pemisah’ di Taipei.

Beijing tidak menolak menggunakan kekerasan untuk menawan semula Taiwan, manakala latihan tentera semalam mewakili pusingan keempat eksesais perang berskala besar Beijing sejak dua tahun lalu.

Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa  tindakan China itu  ‘tidak wajar’  dan berisiko ‘mencetuskan konflik’ serta menggesa Beijing untuk melaksanakan kawalan kendiri.

 


Presiden Taiwan, Lai Ching-te  yang mengambil alih kuasa pada Mei lalu, didapati  lebih lantang daripada pendahulunya Tsai Ing-wen dalam mempertahankan kedaulatan Taiwan. Beliau mencetuskan kemarahan Beijing  yang menggelarnya sebagai  pemisah.

Taiwan mengecam latihan terbaharu itu sebagai ‘tidak rasional dan provokatif’  dan berkata, Taipei  telah menghantar ‘tentera yang sesuai’ sebagai tindak balas.

Beijing berkata bahawa latihan tentera itu adalah amaran keras kepada tindakan pemisah yang digelar sebagai pasukan ‘Kemerdekaan Taiwan'”.

“Latihan tentera dinamakan Joint Sword-2024B ini menguji keupayaan operasi bersama pusat perintah,” kata jurucakap Komander Teater Timur tentera China, Kapten Li Xi

Menurutnya, eksesais itu diadakan di kawasan utara, selatan dan timur Pulau Taiwan.

Pengawal pantai China juga dihantar untuk melakukan ‘pemeriksaan’ di sekitar pulau Taiwan.

Pertikaian semasa antara China dan Taiwan bermula sejak perang saudara di mana pasukan nasionalis pimpinan Chiang Kai-shek dikalahkan oleh pejuang komunis,  Mao Zedong sehingga terpaksa melarikan diri ke Taiwan pada tahun 1949. – AFP 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 15-10-2024 07:28 AM
WW3 bakal menjelmakah?
Quote duri_durians 15-10-2024 10:35 AM
kutuk Israel, tapi kau pun sama jah. tak teragak-agak utk bunuh orang tak bersalah.
Quote sangbara2020 15-10-2024 11:04 AM
apalah yg dorg dapat nak berperang nih...
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 11:08 AM
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030410 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top