CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ina Naim nafi bakal nikahi Isman - "Kasihan abang Isman dituduh"

15-10-2024 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34037| Komen: 15

 

Ina Naim, iaitu balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad simpati dengan anggota Hijaz, Isman Nadim Isam yang digosip calon suami baharunya.

Ina atau nama penuhnya, Nordiana Mohd Naim, 40, juga menafikan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 November depan.

"Kasihan abang Isman dituduh," katanya disertai emoji ketawa dalam jawapan dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu menyatakan dengan jelas dirinya tiada perancangan untuk berkahwin.

Ina juga mengelak untuk menjawab panggilan telefon dengan memberi pelbagai alasan.

Ditanya mengenai kad perkahwinan yang didakwa mula diedarkan, Ina menepis khabar angin itu.

"Propa semua tu. Nak sedap ayat bagi gempak," katanya sambil sekali lagi meletakkan emoji ketawa pada jawapan.

Ina membangkitkan persoalan jika benar dakwaan mahu berkahwin, apakah ada insan yang sudi menerimanya.


"Hendak jaga kami lima perut (sekeluarga) sanggupkah hendak hadap. Kalau sangguplah hendak jaga empat anak ini yang kuat makan," katanya.

Terdahulu, Isman dilapor menjelaskan dia tidak ada kena-mengena dengan kontroversi itu dan amat terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai calon suami baharu Ina.

Ina berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau nama penuh, Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 15-10-2024 04:26 PM
Musim hujan ni, pokok bergoncang
Kalau takde angin, masa kan pokok bergoncang kak ina
Quote alieyrina 15-10-2024 04:45 PM
Selalu gosip2 ni jadi betul
Quote rifaa 15-10-2024 04:56 PM
cepat jodoh ina..nak tau sapo pengganti ss jek
Quote syamzana 15-10-2024 05:04 PM
bagus la kalau dia nak kawen lg, hrpnya bakal tak mcm arwah lakinya la
balu+anak2 ramai wajar ditolong selain bantuan kewangan blh juga jd tempat bergantung/perlindungan.
Quote missyL 15-10-2024 05:09 PM
Klo ade yg sanggup bela. Kawen je la ina.
Ank2 tu dah sekolah blom.
Masok kn sekolah balik.

Jgn lagi lah nikah ngn biawk
Quote supernaturalee 15-10-2024 05:12 PM
mesti ada asas kenapa nm dipetik


Quote babelina 15-10-2024 05:24 PM
dunia retis niee.. (walaupn ko x bpe retis) klau dh ada desas desus x sikit byk msti btl.. tungguuuuuuuuuuu
Quote Perawankota 15-10-2024 07:10 PM
Apa income source dia Skarang ni?
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 08:46 PM
Selalunya yang nafi-nafi tu lah bethol
Quote lanacondor 15-10-2024 09:09 PM
Semoga bertemu jodoh dgn lelaki yg baik la ina. Yg ada income stabil, ada kerjaya tetap. Boleh hantar anak2 pergi sekolah.
Quote lanacondor 15-10-2024 09:11 PM
supernaturalee replied at 15-10-2024 05:12 PM
mesti ada asas kenapa nm dipetik

Ada baca dekat page lain mamat tu mmg rapat dengan keluarga ina Dari dulu lagi. Mgkin sebab selalu nampak mamat ni dengan keluarga ina tu yg org buat gosip.
Quote Minami2013 15-10-2024 09:13 PM
Tak kan ina nak jadi penyondol.
Quote Thunderclouds 16-10-2024 07:02 AM
Lobai² & jantan penyokong tegar poligami tolong hadiahkn bini masing² adik. Kalo ikot nabi, isteri² semua janda/ibu tunggal kecuali aisyah r.a
Macik yenna ni the purfek candidate.
Quote supernaturalee 16-10-2024 08:01 AM
lanacondor replied at 15-10-2024 09:11 PM
Ada baca dekat page lain mamat tu mmg rapat dengan keluarga ina Dari dulu lagi. Mgkin sebab selalu ...

owh mcm tu
lagi lah tak surprise klu btl
kan elok menikahi ibu2 tunggal yg perlukan tmpt bergantung
yg independent tak pe


Quote prince_marhaen 16-10-2024 08:03 AM
semoga ina kawin ngan laki Tok Nora yang kekonon nak menolong janda anak ramai tu... aminnn...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068749 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top