CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin nak buka bisnes pertama berniaga kambing perap

15-10-2024 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21512| Komen: 35

 


Pelakon sensasi, Fattah Amin berhasrat buka bisnes pertama dengan menjual kambing perap daripada salah satu jenama terkenal tempatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh jenama kambing perap popular itu laman TikTok, pihaknya menunjukkan tangkap layar perbualan dengan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.

Dalam perbualan itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin meluahkan hajatnya untuk menjalankan perniagaan pertama bersama syarikat tersebut.

 

Pertanyaan tersebut disambut baik oleh pihak jenama kambing perap tersebut untuk berhubung dengan Fattah bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih mendalam antara mereka.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan keputusan aktor itu malah ada yang berminat untuk bekerja di bawah Fattah.

 
Dalam pada itu, ramai peminat berharap agar segala urusan bekas suami kepada aktres Nur Fazura ini dipermudahkan dan mendoakan agar apa yang diimpikan tercapai.

 

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

 
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.


Sumber : OH Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 15-10-2024 10:33 PM
1000220141.jpg
Quote anilanil 15-10-2024 10:41 PM
Bamtah ni dulu bukan ke ada kafe zaman demam lofattah? Siap ada jual pavlofa. Kemain ek dulu bole tahan romantic siap baca sajak. Dgn kaklong kawasan auto nonchalant person.
Quote apedehal 15-10-2024 10:46 PM
anilanil replied at 15-10-2024 10:41 PM
Bamtah ni dulu bukan ke ada kafe zaman demam lofattah? Siap ada jual pavlofa. Kemain ek dulu bole ta ...

Myb fattah jenis yg sng berada dlm comfort zone...wpun terlambat xpa la fattah better late than nothing.. semoga berjaya dlm apa yg diusahakan. Harap kalini sukses n moga murah rezeki utk fatima
Quote ___ 15-10-2024 10:48 PM
Dewasayu ni dulu ada restataunt kan?
Yg azrinaz dtg makan tu. Macam meriah je dulu dgn penyembah2 dia... apasal lingkup?
Quote TeropongThaico 15-10-2024 10:56 PM
Bukan dah pernah berbisnes sblm ni? Bisnes pertama apa kebendanya gitu...
Ke bisness pertama lps cerai. Isk over yg tu pun nak mention udah mcm org pompuan nak perhatian
Quote apedehal 15-10-2024 10:56 PM
___ replied at 15-10-2024 10:48 PM
Dewasayu ni dulu ada restataunt kan?
Yg azrinaz dtg makan tu. Macam meriah je dulu dgn penyembah2 di ...

Stalkers cafe ke?sbb acik2 yg melepak situ da x support bila fattah kawin fazura, lgpun berkhemah kat situ setakat beli sirap selebihnya sbb nk tgk fattah je mana balik modal..kalau meatcartel tu honestly xsedap..kalau xsedap mmg payah nk sustain. Stalkerz tapenah pegi so xtau sedap ke idok
Quote fazila17 15-10-2024 11:02 PM
PMW Cafe yg jual burger dan ayam goreng tu ada kat KL tak

Teringin nak try
Quote fossil 15-10-2024 11:06 PM

eeee bini2 orang pun nyibuk nak apply kerja dgn patah...geli lah ..tok laki masing2 tolong check komen bini2 korang nak menggatal dgn duda terhangat di pasaran
Quote Incanto 15-10-2024 11:10 PM

wakakakakak...

boleh jadikan poster depan kedai
Quote Barebow77 15-10-2024 11:10 PM
Gambar yang pakai baju warna hijau nampak mcm tangan that girl letak dekat perut Bamtah plak..aauuwww..
Quote miss_strangers 15-10-2024 11:12 PM
Elokla fokus bisnes. Jgn berlakon lagi..
Quote cm_vungtau 15-10-2024 11:13 PM
Rasa macam Pattah masa dengan Lopak nampak sangat dia in love. Dengan Missfake nampak kureng
Quote Incanto 15-10-2024 11:16 PM
bagus lah buka franchise PMW

tak payah pening kepala fikir konsep, menu semua tu

Quote Incanto 15-10-2024 11:21 PM
buat side dish sweet potato fries
Quote nsmy 15-10-2024 11:24 PM
Belajar cara berbisnes dulu.
Baru buka bisnes.
Quote babynina30 15-10-2024 11:40 PM
Edited by babynina30 at 15-10-2024 11:44 PM
apedehal replied at 15-10-2024 10:56 PM
Stalkers cafe ke?sbb acik2 yg melepak situ da x support bila fattah kawin fazura, lgpun berkhemah  ...


Daging cart*l tu hanezul surayatul pon ada bkk kn . Sheols ada bukak tp dh melingkop ke semua branch ?
Quote _kelly 16-10-2024 12:10 AM
kahkahkah..tak sampai sebulan
Quote _kelly 16-10-2024 12:15 AM
semoga bisnes abutah berjaya..acik keledek jangan lupa support..takkan pegi kedai 5,6 orang takat beli kek satu slice share ramai2..kurang2 spend la seratus sorang
Quote PrincessFrog18 16-10-2024 12:20 AM
Buka kedai burger@cafe,nanti berderet2 mak Jan,bini org datang terjah kedai.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039935 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top