CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelayakan Piala Dunia 2026 : Indonesia Tumbang, Gagal Sekat China

16-10-2024 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10715| Komen: 1

 


Jakarta: Indonesia tumbang buat kali pertama pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-2 di tangan China, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Qingdao Youth itu, tuan rumah mendahului dengan 2-0 pada babak pertama.

China meledak gol pertama menerusi jaringan Behram Abduwelli pada minit ke-23 sebelum Yuning Zhang melebarkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-44.

Indonesia mengurangkan defisit dengan jaringan Thom Haye pada minit ke-86.

Keputusan ini menyaksikan skuad Garuda berada di tangga kelima Kumpulan C dengan tiga mata.

China kekal di tangga tercorot meskipun meraih kemenangan pertama pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila diketepikan Indonesia menerusi perbezaan jaringan.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 16-10-2024 09:06 AM
Neutral pun neutral la kalau bukan melibatkan pasukan Malaysia..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.042324 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top