CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bagi Saya, Kalau Jodoh Kita Panjang, Gaduh Macam Manapun Ia Akan Berpanjangan (Kekal)" - Shaheizy Sam

16-10-2024 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12428| Komen: 57



BERTOLERANSI dan saling mempercayai antara satu sama lain adalah rahsia kebahagiaan rumah tangga pasangan pelakon, Shaheizy Sam, 41, dan Syatilla Melvin sejak lapan tahun lalu.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia juga sentiasa mengingatkan dirinya dan isteri untuk sama-sama menjaga keharmonian rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia ketika ini. Isteri pun tak pernah lagi 'check' (periksa) telefon saya. Saya pun tak pasti dia tahu 'password' (kata laluan) telefon saya atau tidak.

"Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Kalau kita tak nak benda tu jadi seperti isu penyondol dan sebagainya, kita cuba elakkan dari awal," katanya.

Sam berkata, pada usia sekarang, dia berasa dirinya lebih matang kerana sudah menjadi 'family man' (ketua keluarga).

"Saya pula memang kurang bergaul dengan pelakon sama ada lelaki atau perempuan di lokasi penggambaran.


"Mungkin sebab saya pun sudah tak berlakon macam dulu iaitu dalam setahun boleh terbabit dengan empat hingga lima projek filem.Tapi sekarang, sekurang-kurangnya, satu projek filem setahun.

"Selalunya selepas habis penggambaran, saya terus pulang ke rumah untuk luangkan masa berkualiti bersama isteri dan tiga anak yang masih kecil," katanya.

Ditanya pendapatnya mengenai perceraian dalam kalangan selebriti, Sam berkata, semuanya bergantung pada soal jodoh dan ketentuan Allah.

"Bagi saya, kalau jodoh kita panjang, gaduh macam manapun ia akan berpanjangan (kekal). Tapi kalau jodoh kita pendek, Allah sudah (tulis) tentukan ia pendek (tidak kekal)," katanya.


Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 7; Sarima Samheizy, 5 dan Salama Samheizy, 2.

Syatilla bagaimanapun sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 16-10-2024 08:53 AM
emak awak pun bercerai di umur senja …..
Quote Hoshhi 16-10-2024 08:53 AM
Kau tu busuk, kepam. Xde spe tringin nk sondol kau la. X selera nk sondol
Quote prince_marhaen 16-10-2024 08:57 AM
ko mestilah takleh buat hal....bini garang, adik beradik semua mulut lahar...bini breadwinner kerja keras hari2 live jual timbang kilo nak maintain duk banglo sebaris adik beradik...hehehehe..
Quote Shayang 16-10-2024 09:10 AM
Tp betul la,sbb aku penah tgk depan mata org yg sepanjang kahwin gaduh
Sikit2 gaduh herannya lama plak jodoh sampai maut memisahkan.

Bila tgk skrg rata2 pasangan cerai semua yg nampak ok je tak penah nmpak gaduh2 so aku rasa sebenarnya yg selalu gaduh2 tu ok sbb dorang saling berkomunikasi.
Gaduh luahkan apa yg tak puas hati,
Yg mcm ok diam sentiasa tunjuk mcm ok tu rupanya ada masalah komunikasi.
Hidup dlm kepuraaan dan memendam rasa bila kesabaran dah menipisss
Bommmmm terus terus ke mahkamah laa jawabnya.
Quote makadek 16-10-2024 09:12 AM
tp tgk gaya bini dia jenis hinggaq kalau gaduh
Quote makadek 16-10-2024 09:13 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 08:57 AM
ko mestilah takleh buat hal....bini garang, adik beradik semua mulut lahar...bini breadwinner kerja  ...

umah teres je kocik je umah eh cuma lawa la dia deco
Quote manop 16-10-2024 09:31 AM
Hoshhi replied at 16-10-2024 08:53 AM
Kau tu busuk, kepam. Xde spe tringin nk sondol kau la. X selera nk sondol


Quote Myhappyending 16-10-2024 09:38 AM
Bini pon xde sape nk sondol tp kalu sam kurus maca polis evo rembes juwa
Quote apedehal 16-10-2024 09:38 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 08:57 AM
ko mestilah takleh buat hal....bini garang, adik beradik semua mulut lahar...bini breadwinner kerja  ...

Hahhahhadoi..ada hiburan pg..tq nyahh..benar belak
Quote green~tea 16-10-2024 09:42 AM
Lantak kau lah cendawan butang oiiii

Tillah je hadap cendawan kontot, asal bahagia, siapalah kami nurtizen nak menafikan your self proclaimed bahagia tu
Quote prince_marhaen 16-10-2024 09:46 AM
Shayang replied at 16-10-2024 09:10 AM
Tp betul la,sbb aku penah tgk depan mata org yg sepanjang kahwin gaduh
Sikit2 gaduh herannya lama pl ...

ex-opismate meols, tiap2 taun ada je bertekak sampai post sindir2 laki bini sama naik maki2 kat fb, kat status, sampai naik court, setiap kali tu tahun yang sama bini preggy ye, setiap tahun....skrg anak dah 8 orang selang setahun, and still counting sebab tgh bunting lagi... hahahahahahaha... tak paham aku..
Quote Shayang 16-10-2024 10:06 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 09:46 AM
ex-opismate meols, tiap2 taun ada je bertekak sampai post sindir2 laki bini sama naik maki2 kat fb ...

Pastu biasanya lama je dorang kahwin
Kita ni duk ingat haa tak lama la tu bercerai
Rupanya tak juga
Jodoh masih panjang atau mungkin gaduh2 tu penyeri hubungan kalau takde jd bosan kot hahah

Yg diam2 mcm takda masalah  tu yg tau2 umum bercerai.


Quote apedehal 16-10-2024 10:10 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 09:46 AM
ex-opismate meols, tiap2 taun ada je bertekak sampai post sindir2 laki bini sama naik maki2 kat fb ...

Hahaha..berderet anak ye..ni msti jenis yg pas gaduh make up pas gaduh make up..lepas gaduh je terkam
Quote pocongkiutss 16-10-2024 10:13 AM
Hoshhi replied at 16-10-2024 08:53 AM
Kau tu busuk, kepam. Xde spe tringin nk sondol kau la. X selera nk sondol

Yg gemuk gilbabs pun ada yg sondol..janji poket masyukkk - alya imani
Quote pocongkiutss 16-10-2024 10:13 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 09:46 AM
ex-opismate meols, tiap2 taun ada je bertekak sampai post sindir2 laki bini sama naik maki2 kat fb ...

Astaga..bnyknya 8
Quote prince_marhaen 16-10-2024 10:21 AM

Ye 8 orang, first 2 twin, then setahun sorg, meols kenal masa twin lahir je, lepas tu dah tak se-office & dah malas nak layan sebab couple laki bini ni redflag & toxic, dok cerita hal laki bini, mengata laki bini masing2, bila kawan2 support one of them, sampai naik court beberapa kali nak cerai,  tetiba dah berbaik & dah kongkek, tiba kawan2 jadi orang jahat pulak dikatanya kita batu api...sundal betul..memang sepadan lah...and diorang ni lah kaki pinjam duit kekawan bujang, pastu kutuk kita belakang2 kata tak kawin la, takde anak lah... masa meminjam sampai nangis merayu2 anak2 takde pampers, takde susu... sampai skrg kitorg seopis (skrg dah lain2 opis) mengelak kalau jumpa musibat dua ekor ni.
Quote prince_marhaen 16-10-2024 10:26 AM
makadek replied at 16-10-2024 09:13 AM
umah teres je kocik je umah eh cuma lawa la dia deco

glenmarie kan...mau 600-900k jugak tu paling murah walaupun teres... adik beradik diorg duk dekat2 kan... teringat tengku J pernah perli adik ipar samdawan ni masa nak kawin player kelab tu.... "adik beradik cari laki kaya" hihihihi..
Quote miss_perfect 16-10-2024 10:35 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 09:46 AM
ex-opismate meols, tiap2 taun ada je bertekak sampai post sindir2 laki bini sama naik maki2 kat fb ...

Ni macam lawyer Asiah J tu je. Dia pun suka mengata laki kan, pernah mintak cerai, pernah nak saman suami sendiri.
Quote prince_marhaen 16-10-2024 10:45 AM
miss_perfect replied at 16-10-2024 10:35 AM
Ni macam lawyer Asiah J tu je. Dia pun suka mengata laki kan, pernah mintak cerai, pernah nak sama ...

lebih kurang, tapi bukan dia uols. Hehe.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038533 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top