CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rashidi Ishak Berhenti Merokok, Minta Maaf Pernah Buat Orang Sekeliling Kurang Selesa – ‘Saya Baru Sedar Bau Asap Rokok Busuk’

16-10-2024 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11056| Komen: 14

 


Baru-baru ini, pelakon Rashidi Ishak berkongsi pengalamannya selepas dirinya ‘bebas’ daripada ketagihan merokok.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Thread, Rashidi memaklumkan bahawa selepas mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dia kini  berasa kurang selesa setiap kali terhidu bau asap rokok. Selain turut menyifatkan bau asap tersebut sangat kuat dan kurang menyenangkan.

"Saya sudah berhenti merokok. Sekarang saya sedar betapa teruknya bau asap yang melekat pada pakaian. Dan saya tidak tahan lagi dengan asap rokok setiap kali ada orang merokok di dekat saya."

Dalam kesempatan itu, pelakon berusia 51 tahun ini turut memohon maaf andai perbuatan merokoknya sebelum ini telah memberi kesan kepada orang sekeliling.

"Saya minta maaf atas bertahun-tahun saya merokok yang memberi kesan yang sama kepada orang lain. Maaf  Ada tak yang berhenti merokok mengalami perkara yang sama macam saya?"


 
 

Sumber — Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 16-10-2024 09:22 AM
Alhamdulillah.. BTW, taknah sekalipun layan merokok nih sebab ia bukan hanya memudaratkan tapi juga membakar duit.
Quote pocongkiutss 16-10-2024 09:25 AM
Membakar duit.. menyusahkan org lain 2nd hand , 3rd hand hand smoke
Quote prince_marhaen 16-10-2024 09:43 AM
meols stop cold turkey, stop gitu je after 17 years smoking sejak zaman study, masa pkp rasanya stop terus... sebab malas keluar beli rokok. Lepas tu okey je rasa sihat gila2. And sama, baru tahu asap rokok, or bau orang lepas hisap rokok busuk gila... dulu rasa spray2 perfume dah okey dah... dah kibas2 asap tak bagi kantoi smoke dalam toilet opis dah okey dah kot...patutlah still kantoi..  hahahahahaha!
Quote sukacactus 16-10-2024 11:12 AM
Laki aku, then bf, brenti sebab start kwn dgn aku
Aku ckp nak jln sblh brenti smoking, busuk
Quote annadonna 16-10-2024 11:31 AM
Wow bini baru dpt buat heols berenti merokok. Sebab bini lama sama sama mengasap kot.
Quote supernaturalee 16-10-2024 11:47 AM
annadonna replied at 16-10-2024 11:31 AM
Wow bini baru dpt buat heols berenti merokok. Sebab bini lama sama sama mengasap kot.

oh my gohhhhhhhhhh
Quote alieyrina 16-10-2024 01:46 PM
Kau hisap rokok org sekeliling kau yg akan dpt kanser paru2 dulu.
Mcm tu lah bahayanya kpada org yg hidu asap perokok2 ni ok
Quote fanaz82 16-10-2024 01:50 PM
tabik spring pada perokok tegar yg blh stop merokok. walaupun lmbt kesedaran tu datang, tp ok lah drpd xde langsung
Quote Sazreena 16-10-2024 02:32 PM
Nasib la mak dedolu level fasa nerai je masa form 2. Beli dunhill layan sengsorang...pastu sempat lak motibasikan diri kala menjamu jin...bengong bila tingat balik. Sound diri - apa la sedap sgt sap kok ni. Ko tu main sepot, kang tak pepasal semput. Ahgitewlah lebih kurang kata-kata motibasi untuk diri sendiri.
Quote azimodin 16-10-2024 02:33 PM
Kebanyakan perokok/kaki vape ni x boleh terima kenyataan yg asap rokok & vape ni buat orang lain rasa x selesa. Aku pernah tegur member aku sebab vape depan anak2 sebab x baik & aku sakit kepala dengan bau asap. Dia balas "tipu la.. mana ada bau busuk. Vape bau buah kot. Sama je macam gel2 pewangi rumah.. bau artificial". Geram je aku ni.
Quote PULANGKAN 16-10-2024 07:28 PM
tahniah

aku semput teruk. asap rokok memang buat aku tak bernafas
majoriti perokok takde timbang rasa, hembus tak kira orang, tak kira tempat

sejujurnya, bila orang hembus asap rokok, aku harap diorang mati cepat. sebab kalau tegur bukannya dengar. buang masa. elok je mati

mati pun biarla express. jangan mati slow, menyusahkan orang sekeliling
ni ko merokok suka2, lepas tu nak stroke la, nak sakit paru2 la, ape la, lepas tu expect orang sekeliling ambil ihsan, jaga ko sakit bagai. AINT NO WAY. just drop dead smokers

again, tahniah kepada yang berhenti merokok
memang bau rokok tu busuk dan melemaskan. baguslah dah sedar
Quote Olumis 17-10-2024 12:29 AM
Perokok tegar ni biasa gigi buruk. Nafas berbau. Eeee yakkks. Macam mna la bini2 theyols ni tahan ngadap. Nak imagine comolot pun tak dapat. Geli
Quote naina 17-10-2024 11:10 PM
Betol lah asap rokok busuk gila. Aku pun cakap camtu suatu hari nanti suami aku akan faham apa aku rasa bila dia berhenti rokok dan akan rasa nyesal. Aku still berdoa semoga laki aku benti rokok before 40. Waaaaaaa bila Tuhan nak kabulkan
Quote kiwibenz 17-10-2024 11:20 PM
Kencing pun busuk

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.118878 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top