CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’

16-10-2024 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12123| Komen: 38

 

Pendakwah selebriti, PU Riz memberi teguran kepada individu yang memandang ringan terhadap kewajipan menutup aurat.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail bertindak menyuarakan pendapatnya berikutan kenyataan individu tersebut disifatkan keterlaluan.


"Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut, ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’.

"Kita manusia tak lari dari kesilapan, tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap."

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu turut berkongsi hadis Rasulullah SAW berkenaan larangan mempamerkan dosa.

"Kata Nabi Muhammad SAW, ‘setiap umatku diampunkan kecuali yang terang-terangan.’

"Kita semua buat dosa, tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan."

Suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu juga, menasihati supaya setiap Muslim sedar akan kekhilafan mereka.

"Malulah kita dengan dosa, sebab yang buat dosa pahala ini bukan bapa saudara kita, tetapi Allah yang menetapkannya."

"Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja."

"Kalau rasa perasaan dalam hati, jadi sandaran semata-mata."

"Memang akan binasa hidup ini, syariat tuhan hadir bagi membimbing manusia."

Sumber — Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 16-10-2024 09:36 AM
Kita pun berdosa biarkan bini pakai baju mencolok mata walaupun menutup aurat nyah..melekap2 kt badan..kaler pun trang tang tang
Quote manop 16-10-2024 09:40 AM
hamboiiii....gajah2 depan mata...adek2 ipor ko tak nak tegur ke Puyu oiiiii?????

dlm berdakwah tak boleh cherry picking...selective tauuu!

pu pu puiiiihhhhhhhh!




Quote apedehal 16-10-2024 09:46 AM
Huhu..i reserve my comment
Quote prince_marhaen 16-10-2024 09:54 AM
PUnai.....,  tegur dulu ipar duai ko yang dah macam berbogel, duk buat video ngan pondan jantan siang malam duk serumah, mentua yang suka riak, dan especially bini yang suka pakai baju melekap & striking colors, nak attention, nak berhias lebih2.
Quote ell2026 16-10-2024 09:57 AM
I xnak pandang siapa dia yg nasihat..tp betulla apa yg dia ckp tu..sebenarnya dah tau benda tu salah xyah justify apa2 pun..just ckp doakan sy pon ckp dah..hal2 agama kdg2 kena paksa diri sampai akhirnya rela hati buat...done komen
Quote kucim 16-10-2024 09:59 AM



Bila dah skeptikal isu aurat itu hanya katup rambut

Bosan.Next!!
Quote Minami2013 16-10-2024 10:00 AM
Betul la ayat dia. Nak buat dosa, tepuk dada tanya iman. Tak perlu justify itu ini dah perintah Allah.
Quote adeqbun 16-10-2024 10:04 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 09:54 AM
PUnai.....,  tegur dulu ipar duai ko yang dah macam berbogel, duk buat video ngan pondan jantan sian ...

senang je..bkn nak back up PU ni..tp golongan mcm ipar duai die tu jenis liat nak ditegur..mgkin die tegur scr umum sbg jalan terakhir..
Quote Nurdianah 16-10-2024 10:05 AM
Abe Punai, utk kes gini camne pulok??

Quote nonymous 16-10-2024 10:10 AM
betul dah dia ckp, memang wajib ikut perintah Allah, x ikut berdosa jangan nafi
Quote Tumpang-Sibok 16-10-2024 10:19 AM
Nurdianah replied at 16-10-2024 10:05 AM
Abe Punai, utk kes gini camne pulok??

Ini kena buat Rukyah 3 tahun..


Quote Shayang 16-10-2024 10:31 AM
adeqbun replied at 16-10-2024 10:04 AM
senang je..bkn nak back up PU ni..tp golongan mcm ipar duai die tu jenis liat nak ditegur..mgkin d ...

Betul
Anggap jelaa dia sebenarnya sedang tegur adik ipar dia juga tp buat cara umum camni
Quote ketambangkang 16-10-2024 10:37 AM
kira serampang 2 mata lah ni kot...sambil2 tembak ipar duai sekali..ipar duai tu nak tegur direct kang masam muka pulak
Quote rainbowrainz 16-10-2024 10:40 AM
Apa.nak buat pun.riz..dorang jahil murakab tapi takpe dorang jenis tahan kena beduk kat alam sana x lutttt punyaaa
Quote juboqhang 16-10-2024 11:03 AM
Isu nya simple saja brader. Kalau nak berdakwah ka, bersedekah ka mulakan dgn diri sendiri dulu, lepas tu ank2 bini, famili, rakan2 last but not least masyarakat baru lah tak nampak hang tu failed.. hipokrit!
Ingat, masing2 bakal ada anak cucu. Berapa ramai bapak ostat tapi anak sendiri penagih, kaki betina, rogol, rempit….
Tu ja….
Quote BoongaKertas 16-10-2024 11:31 AM
betul pandangan dia. tp tulah, mulakan dgn family sendiri dulu kot riz oi.
Quote I.K.A888990 16-10-2024 01:05 PM
masa isu laki peach berair tu reputs tanya terus kau konar citer tang lain kan
menyampah gila si hanat penunggang agama ni
Quote MsIda 16-10-2024 01:39 PM
juboqhang replied at 16-10-2024 11:03 AM
Isu nya simple saja brader. Kalau nak berdakwah ka, bersedekah ka mulakan dgn diri sendiri dulu, lep ...

Spot on...setuju sgt2. Charity begins at home
Quote miss_perfect 16-10-2024 01:42 PM
I.K.A888990 replied at 16-10-2024 01:05 PM
masa isu laki peach berair tu reputs tanya terus kau konar citer tang lain kan
menyampah gila si han ...

Ooo ada reputs yang berani tanya... Ingat takde sebab macam takde komen langsung daripada 2 penunggang agama ni. Dia jawab apa?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.087588 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top