CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas penyampai radio, Kieran Hidap Kanser Prostat – ‘Sekarang Sudah Merebak Ke Bahagian Perut & Paru-Paru’

16-10-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29211| Komen: 23

 


Bekas penyampai radio, Kieran sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.

Memetik laporan Harian Metro, Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran berkata, kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.

"Saya menghidap kanser prostat yang dah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di wad Jabatan Onkologi."

"Kanser ini dah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat sikit untuk buat rawatan penuh seperti ini."

Tambah Kieran, dia perlu menjalani kemoterapi sebanyak empat kali. Berbicara lebih lanjut, Kieran perlu berada di hospital sehingga hari Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau keadaan kesihatannya.

"Saya ditahan di wad bermula Jumaat lalu dan dijangka akan dirawat di sini sehingga Isnin depan bergantung kepada keadaan selepas selesai pusingan pertama kemoterapi ini.


"Jadual yang doktor beri adalah sebanyak empat kali sesi kemoterapi. Ini sesi minggu pertama selama lima hari dan dimulakan dengan dos rendah terlebih dahulu bagi lihat reaksi pada tubuh."

"Jadual seterusnya akan ditentukan nanti."

 

Difahamkan, sejak Ogos lalu, Kieran sudah mula menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis atas saranan doktor supaya berehat.

"Saya memang dah tak ambil kerja-kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat selepas ini."

"Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan saya terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan."

Sumber: Harian Metro, Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 16-10-2024 11:30 PM
Moga dipermudahkan urusan Kieran dan diberikan kesembuhan
Quote syidasaleh 16-10-2024 11:31 PM
Suka dia dulu masa geng jawa rangers ke apa dgn AG. Zaman2 DJ mostly graduated masscom dan seangkatan. La ni pelawak, politician semua boleh jadi DJ
Quote lanacondor 17-10-2024 12:15 AM
Semoga Allah diberi kesembuhan..
Quote oggy 17-10-2024 12:49 AM
syidasaleh replied at 16-10-2024 11:31 PM
Suka dia dulu masa geng jawa rangers ke apa dgn AG. Zaman2 DJ mostly graduated masscom dan seangkata ...

Iya antara DJ yang disukai ramai.
Sebelum tu dia dengan Krill as K&K paling ngam.
Semoga dipermudahkan urusan rawatan beliau dan beransur sembuh.
Quote mazni81 17-10-2024 07:08 AM
Minat k&k ni dulu
Quote BawangCaramel 17-10-2024 07:27 AM
Syafakallah
Quote nellyberry 17-10-2024 07:43 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam rawatan dan diberikan kesembuhan kepada Kieran.
Quote naina 17-10-2024 07:59 AM
Laaa jawa rupanya maskieran jaskiran..ingatkan Kieran Marcello dulu2 dia selalu sebut Kiera Marcello. Apa2 pun semoga cepat sembuh dan gembira selalu ...
Quote adawiyah_hakim 17-10-2024 08:18 AM
Moga dikurniakan kesembuhan Kieran dan dipermudahkan urusan
Quote ihtisyam1 17-10-2024 08:25 AM
Moga cepat sembuh dan dipermudahkan semuanya..... sekarang ramai sangat yang kena cancer..... moga kita semua diberikan kesihatan yang baik
Quote jlo 17-10-2024 11:58 AM

Moga dikurniakan kesembuhan Kieran dan dipermudahkan urusan
Quote nonymous 17-10-2024 01:14 PM
semoga Kieran diberikan kesembuhan.
Quote awex^returns 17-10-2024 01:45 PM
Semoga dipermudahkan urusan Kieran
Minat K&K dulu²
Quote KikiHadid 17-10-2024 01:50 PM
Lamanya x nampak dia ni..sakit rupanya..semoga dipermudah urusan beliau
Quote Huhuki 17-10-2024 02:06 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote rezaremy 17-10-2024 03:03 PM
semoga dipermudahkan segala urusan utk kieran...one of my febrett dj...
Quote nadie90 17-10-2024 03:42 PM
Moga dikurniakan kesembuhan....amiinnn

Keep fighting
Quote berusjamban 17-10-2024 07:13 PM
Ingatkan dia ni benggali/indian. Suka dgr dia time era dulu2
Quote asfaz 17-10-2024 07:15 PM
syidasaleh replied at 16-10-2024 11:31 PM
Suka dia dulu masa geng jawa rangers ke apa dgn AG. Zaman2 DJ mostly graduated masscom dan seangkata ...

Dlu2 dj best,dgr suara pun rasa seronok. Sekarang DJ syok sendiri,iklan pun banyak.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037541 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top