Pelakon Diana Danielle berharap para suami untuk berjuang menyelamatkan rumah tangga dari awal lagi dan bukannya dilakukan di mahkamah pada hari perceraian. Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana turut meminta agar tidak menjadikan ianya kebiasaan apabila di mahkamah baru nak selamatkan rumah tangga sebaliknya perlu dilakukan sejak awal lagi. “Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan, bukan ketika sudah berada di pintu mahkamah. Tolong jangan dijadikan kebiasaan, terhantuk baru nak usaha. “Nak pelihara dari awal, bukan bila sudah tak boleh diselamatkan, lepas itu salahkan wanita yang dah tak mampu untuk memaafkan,” katanya.
Sementara itu, Diana turut meminta netizen tidak mengaitkan dirinya dan suami, Farid Kamil dengan isu perceraian orang lain kerana setiap individu ada masalah mereka sendiri.
|
MadameOnion replied at 17-10-2024 09:47 AM
"fazura buka aib" kata acik kepam berlendir poen bersawang memalam membayangkan abdol menjadi suami
noor2 replied at 17-10-2024 10:42 AM
Esok2 keluar berita gaduh2 nk cerai...
ADVERTISEMENT