Perkongsian pelakon Elisya Sandha menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mempromosikan produk kecantikan jenama antarabangsa. Menerusi perkongsian itu, Elisya dilihat memakai gaun tanpa sebelah lengan mengenakan gincu daripada produk kecantikan jenama berkenaan. Bagaimanapun, perkongsian Elisya itu dikecam kerana mempromosikan jenama dalam senarai diboikot serta ada yang memperkatakan mengenai ketiak aktres itu.
Diruangan komen, ada yang mempersoalkan tindakan Elisya itu yang didakwa masih mempromosikan produk yang diboikot. Tidak kurang juga ada yang keliru dengan mengatakan sama ada aktres itu mahu membuat ulasan mengenai produk berkenaan atau ketiak. Meskipun ada yang mengecam, namun ada yang memuji kecantikan Elisya serta ada yang meminta tip untuk memiliki ketiak yang mulus serta mendoakan agar aktres itu diberi hidayah untuk menutup aurat suatu hari nanti. Sumber : Kosmo, Rotikaya
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|