CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Tak Pandang Harta, Tertarik Perwatakan Bekas Suami

17-10-2024 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26229| Komen: 37

 


Pelakon Nora Danish berkata dia tidak pernah memandang harta kedua-dua bekas suaminya sebaliknya tertarik dengan pertawatakan mereka.

Menerusi podcast Richman bersama Neelofa dan Natasha, Nora berkata sebelum dia berkahwin teman lelakinya hanya orang biasa sekaligus menepis tanggapan bahawa dia wanita materialistik.

“Bila tengok perjalanan hidup saya nampak macam memang betul saya memilih status dan juga sesuatu sebab tengoklah siapa bekas suami pertama dan kedua saya.

“Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa.  Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik.

“Malah kedua-dua bekas suami yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada..dia datang sendiri,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia juga tidak pernah mengharapkan wang daripada kedua-dua bekas suaminya sepanjang perkahwinan kerana sudah diajar dari kecil untuk tidak meminta.


“Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan duit saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia tidak pernah melihat kehidupan perkahwinan yang bahagia memandangkan dirinya juga dibesarkan sendirian oleh ibu sejak pemergian bapa.

“Tak pernah tengok kehidupan perkahwinan yang bahagia sebab ayah saya meninggal sejak saya kecil dan saya dibesarkan oleh ibu sendirian.

“Jadi saya tak tahu macam mana layanan suami isteri yang betul. Saya tak cakap saya isteri yang baik, jauh sekali. Tetapi kalau saya belajar lebih, saya mungkin dapat menguruskan perkahwinan dengan baik,” katanya.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 17-10-2024 11:32 PM
Hm...mungkin juga perpisahan kali kedua ni sebab gaya hidup mula berubah. Takleh ngam lagi dgn stail hidup hubby 2. Moga yg baik2 utk ND...
Quote DARSITA 18-10-2024 12:15 AM

sesungguhnya perwatakan romantiss itu tidak membawa kebahagian juga.

Kena seiringan ..romantis dan punya wang.

Quote manop 18-10-2024 12:15 AM
teringat jumpe nora kat shoping complex diiring bodyguard bagai dgn ex...cam lah org nak serbu cam mikel jeksen korang tu... sian tengok.
Quote hellosemua123 18-10-2024 12:28 AM
Dengar boleh percaya jangan
Quote miss_perfect 18-10-2024 12:54 AM
Ye la tu.
Quote zuriey 18-10-2024 01:15 AM
Jahlop nak juga selit cerita pasal laki dia
Nak jugekkkkk kata laki dia terpaling berguna
Nak jugak kata dia terpaling dgr ckp laki sebab tu sanggup duduk apartment retak mengadap kedai eco je tau.

Quote lolipopmanish 18-10-2024 02:00 AM
Oh yeke tuuu
Quote mrsLucky 18-10-2024 02:03 AM
Sian Nora...
Quote kucim 18-10-2024 02:08 AM
Ye la tuh.
Jgn ckp bab harta selagimana kamu belom di uji duduk dlm rumah reban ayam
Quote L.U.S.M 18-10-2024 06:56 AM
zuriey: Jahlop nak juga selit cerita p ...


Kan..kawen pun xsmpi 5thn..gigih nk bg nasihat..laki bini spesis penunggang agama kot..tgk la nnt statement dia ni lg 5thn..confirm2 dia ckp dia sengsara
Quote Thunderclouds 18-10-2024 06:58 AM
Puhh leeesssssssssss
Quote Samerosie 18-10-2024 07:06 AM
So tertarik dgn bekas suami walaupun muka rempit who happened to be anak orka anak bekas menteri bekas mb mmmm
Quote sangbara2020 18-10-2024 07:32 AM
ke dia blah dlu xnak nanggung bewak...yela dh apaknya xde jawatan..ke acane?
Quote menjad 18-10-2024 08:09 AM
Yo lah sangat tuhhhhhh
Quote Fazzbulous 18-10-2024 08:12 AM
blh caya ke?boned tu sbb dah kena nyah dr warisan apaknya..klu tak mendonia jugak korang laki bini...dah cerai ni,sjud blik la kt kaki apaknya...
Quote makcun14 18-10-2024 08:19 AM
whatever laa acik nd. cinta saja takkan boleh siapkan rumah yang tak selesai renovate itewww
.ye dak
Quote MatDeghem 18-10-2024 08:19 AM
Perwatakan bekas suami? Perwatakan kemewahan lah. Yg pertama muka lombok tapi kaya. Yg kedua bunuh org tapi kaya.
Macam lah org tak bleh baca.
Quote IzzahF 18-10-2024 08:26 AM
iya la bukan sbb reta, ko belakon apa sangat je pun
Quote Manusiabesa 18-10-2024 08:28 AM
manop replied at 18-10-2024 12:15 AM
teringat jumpe nora kat shoping complex diiring bodyguard bagai dgn ex...cam lah org nak serbu cam m ...

Rilek brader. Dia penah claim bg2 smua tu bkn dia nak. Even dia rasa rimas. Laki dia yg upah bg. Rilek kaka cuci hati hitam bekerak tu dulu. Babibuta serang nowa. Gila ka apa

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.100886 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top