CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qistina Raisah Dedah Pengikut Mencanak Naik Hampir Sejuta Di TikTok Lepas Video Simbah Air Ke Muka Arnie Shasha Tular

17-10-2024 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25325| Komen: 7

 


Pelakon Qistina Raisah mendedahkan pengikut di TikTok miliknya bertambah sebanyak 15,000 sejak  video dia menyimbah air ke muka rakannya yang juga penyanyi dan aktres, Arnie Shasha tular.

Qistina, 16, berkata, dia tidak menyangka pengikut di platform tersebut naik mendadak biarpun video berkenaan merupakan gimik bagi pelancaran lagu sulung Shasha berjudul Lepak.

"Pengikut saya di TikTok menaik sejak video simbah air tu viral. Lagi 4,000 nak cecah sejuta. Saya lihat bertambah dalam 15,000. Memang ‘love’.

"Mungkin netizen berkampung sebab mereka nak tahu perkembangan kes tersebut."

Qistina berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu sulung Arnie Shasha berjudul Lepak yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.

 


Berkongsi lanjut, pelakon drama Iktibar ini berkata, dia hanya mengetahui mengenai tugasan untuk menjayakan gimik berkenaan selepas dimaklumkan oleh ibunya.

Pun begitu, Qistina akui tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan netizen yang mengecam dirinya.

"Saya tak rasa gimik ini telah mencalarkan nama saya pun. Saya hanya menjayakan watak dan jalankan tugasan saya.

"Saya tidak tahu menahu, sehari sebelum buat gimik baru tahu. Itu pun mak saya beritahu ada ‘job’ ini. Saya pun kata okay.

"Netizen pula memang suka bercakap fasal saya, kalau saya tak buat apa pun mereka tetap akan bercakap.

"Saya tidak terkesan dengan hencapan yang dilemparkan netizen. Saya tak baca langsung komen netizen. Sesekali baca boleh, tapi jangan balas."

Dalam pada itu, ditanya apakah reaksi apabila dilabel sebagai ‘kaki gaduh’, Qistina menafikan perkara tersebut.

"Saya kuat gaduh? Saya tidak kuat gaduh pun. Selalunya kalau ada isu melibatkan saya, orang lain yang mulakan dahulu bukan saya."

"Jika saya ada terlibat dengan pergaduhan sekali pun, saya lebih suka selesaikan secara baik dan personal. Tidak sampai nak viral."

Terdahulu, Arnie meluahkan rasa berang dan tidak lagi mampu menahan sabar dengan sikap rakannya iaitu Qistina yang didakwa sering mendedahkan aib dirinya kepada orang lain.

Tidak lama kemudian, tular sepotong video pergaduhan antara mereka yang memaparkan Qistina menyimbah air ke muka Arnie.


Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-10-2024 07:52 AM
another pelachhh and another senduk in the industry.
Quote slyfynx 18-10-2024 08:29 AM
Korang ni sape?
Quote Shayang 18-10-2024 09:27 AM
Gaduh napa plak
Quote Ninani 18-10-2024 09:29 AM
Mak pun...job macam ni pun ko ambik utk anak ko.
Quote NekNgah 18-10-2024 10:45 AM
Sampah sarap.
Quote masnona 18-10-2024 10:48 AM
Lucu la awak. Org asyk ckp pasal sy wlau sy tak buat apa. Bukan slalu org ckp pasal ko pun
Quote Riz_one 18-10-2024 10:59 AM
tahik yuuoolss...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034780 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top