CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Batik Corak Venom Diiktiraf Oleh Sony Pictures Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

18-10-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6378| Komen: 6

 


Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.

Arif berjaya menggabungkan watak ikonik dari filem Venom dengan elemen batik tradisional, mencipta rekaan yang memukau.

Lakaran Venom ini bukan sekadar menyerlahkan seni kontemporari tetapi juga memperkenalkan batik kepada generasi muda melalui sentuhan budaya popular.

Malah, usaha Arif diiktiraf oleh Sony Pictures, sekali gus menamakan lakaran batik ini sebagai Venom Batik Malaysia sempena tayangan filem Venom The Last Dance pada 24 Oktober nanti.

"Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi batik yang menakjubkan ini.

"Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna," tulis Sony Pictures di Facebook rasmi mereka.


Loading FB Post...

Arif menggunakan teknik lakaran tangan dan digital untuk menghasilkan corak yang menggabungkan elemen flora dan fauna batik dengan elemen watak Venom yang terkenal.

Selain itu, inisiatif ini juga mencerminkan keupayaan batik untuk berkembang dalam dunia seni moden dan kontemporari. Terbukti ia dibanjiri dengan komen-komen positif netizen.

"So proud of Batik Malaysia, put in a creative twist.

"Nusantara vibes!

"Batik art is in the right hand," demikian tulis beberapa warganet.

Dengan inovasi seperti ini, batik tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang hanya dipakai untuk majlis tradisional, tetapi juga sebagai medium seni yang serba boleh, sesuai dengan pelbagai tema dan latar belakang.

Karya Arif ini menguatkan lagi kedudukan Malaysia dalam dunia seni dan fesyen global, sekali gus menunjukkan bahawa warisan tempatan seperti batik boleh disesuaikan dengan budaya pop antarabangsa tanpa mengorbankan nilai estetik dan tradisi yang penting.


Sumber : Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 18-10-2024 08:26 AM
Arif Rafhan Othman asalnya surabaya. done claimed  
Quote shida81 18-10-2024 08:26 AM
Merempan jiran sebelah kang... Hentak2 kaki
Quote fanaz82 18-10-2024 08:30 AM
bangga plk rasa
Quote Queenmastani 18-10-2024 09:31 AM
Confirm nnt konoha claim batik dr indon..dasar muka tembok
Quote shamsadis 18-10-2024 09:37 AM
boleh buat sembahyang ke? sekadar bertanya tanpa provokasi kepada mana-mana pihak...
Quote BeskotCekelat 18-10-2024 09:45 AM
Rasanya Sony Picture Malaysia yang iktiraf batik venom ni, so belum sampai tahap mendonia lagi.

Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.


Reporter kena banyak buat research lagi. Gabungan tradisional/moden ni bukan benda baru, dulu ada yang buat wayang kulit Star Wars.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.033459 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top