CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belanjawan 2025: Mahasiswa naik bas percuma tahun hadapan

19-10-2024 06:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 57502| Komen: 5

 


PETALING JAYA – Pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menikmati tambang bas percuma tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambang percuma itu melibatkan semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara.

“Tambang bas percuma itu melibatkan mereka yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY,” katanya.

Anwar berkata, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen bagi laluan sehala.

“Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dan LRT Melati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-10-2024 07:01 AM
Alhamdulillah..
Quote TeropongThaico 19-10-2024 01:17 PM
Alhamdulillah
Harap perkhidmatan BAS.MY meliputi semua kawasan ceruk2 rantau juga. Ada gak university semua2 tu dkt kawasan hulu banat nun
Quote bottombikini 19-10-2024 05:05 PM
semua mahasiswa termasuk bukan warganegara ke
Quote plywood 19-10-2024 05:25 PM
bas my ni skop operasi sekitar mana? seluruh negara kah? .. sebut seluruh negara seolah-olah ianya beroperasi diseluruh negara...

aku muskil sedikitlah... bukankah pendekatan kerajaan sekarang ni subsidi bersasar, sampai sabsidi skibidi spt minyak masak telur petrol dikurangkan atau ditarik balik, katanya tak mau ketirisan sbb orang kaya dan orang asing pun dapat... dan untuk jangka masa panjang ini mungkin menyusahkan peruntukan, nak salahkan siapa nanti..

aku seolah nampak ianya tindakan populist.. bagi pelajar miskin sahajalah
Quote prince_marhaen 21-10-2024 09:45 AM
kalau public transport malaysia ni bagus, cekap, cover semua kawasan, boleh lah kagum... ni duduk lembah klang pun, antara bandar ke bandar pun kena tukar 6-7 kali public transport baru sampai, apooo....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042809 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top