CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembinaan semula Gaza mungkin ambil masa 80 tahun, 60 hingga 70 peratus rumah di Gaza telah musnah - PBB

20-10-2024 12:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61209| Komen: 18

 

AMMAN: Pakar perumahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Balakrishnan Rajagopal menyatakan bahawa pembinaan semula Gaza mungkin mengambil masa 80 tahun jika pasukan pendudukan Israel meneruskan serangan mereka ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut laman sesawang rasmi PBB, Rajagopal, penyiasat bebas badan dunia itu yang memantau hak untuk perumahan yang mencukupi melaporkan bahawa menjelang Januari 2024, antara 60 hingga 70 peratus rumah di Gaza telah musnah, dengan wilayah utara menghadapi kadar kemusnahan yang lebih tinggi iaitu 82 peratus.

Beliau menekankan bahawa keadaan bertambah buruk, terutamanya di utara Gaza, di mana kemusnahan hampir mencecah 100 peratus.

Laporan terkini daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menganggarkan bahawa menjelang Mei, lebih 39 juta tan serpihan terdapat di Gaza.


Runtuhan itu bercampur dengan bahan letupan yang tidak meletup, sisa toksik, asbestos daripada bangunan yang runtuh dan bahan-bahan lain.

Rajagopal memberi amaran bahawa pencemaran air bawah tanah dan tanah telah mencapai tahap yang kritikal, menimbulkan kebimbangan sama ada isu ini dapat ditangani tepat pada masanya.

Beliau menyatakan bahawa Gaza mengalami gelombang kemusnahan yang belum pernah terjadi sejak 7 Oktober 2023.

Apabila ditanya mengenai garis masa untuk pembinaan semula Gaza, beliau menekankan keperluan untuk membersihkan runtuhan terlebih dahulu, mendapatkan pembiayaan, dan yang paling penting, pembinaan semula tidak boleh bermula sehingga serangan dihentikan.

Rajagopal menganggap Israel bertanggungjawab mengenakan sekatan ke atas bahan binaan dan peralatan, dengan mendakwa ia mempunyai kegunaan dua fungsi. Beliau juga menegaskan bahawa selepas perang Gaza pada 2014, kurang daripada seribu rumah dibina setiap tahun.

Sumber – BERNAMA-WAFA

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 20-10-2024 10:53 AM
Pak2 Arab kaya raya. Setakat nak bangunkan gaza xkan xleh hulur duit sumbangan. Ada duit sekejap je boleh siap
Quote zuriey 20-10-2024 01:38 PM
lanacondor: Pak2 Arab kaya raya. Setakat n ...

Asyik petik pak areb je
Dah beratus tahun diorng tolong
Dah elok bangun habis runtuh lagi..
Diorng pun dah tak koser la nyahhh
Quote B40tastePosh 20-10-2024 01:42 PM
Edited by B40tastePosh at 20-10-2024 01:50 PM

Gaza ni dibina tanpa sustainability...macam mana masih guna asbestos.

Kalau perkampungan Melayu Bugis kitorang guna atap tanah bakar, atap rumbia/sagu atau nipah, guna kayu batang nibung, buluh, jarang nak guna plastik, asbestos...paling pun guna metal macam zink, tembaga dan besi.

Kalau guna asbestos maksudnya memang takda rain harvest la.

Rumah sepatutnya guna bata bakar atau batu bom... boleh recycle balik, dipahat plaster luar.

Aku nak buat apa2 DIY style USA, nak cari papan pun belah dari pokok...ko buat la papan dari pokok Garqard tu

Aku ada beli rumah kampung guna atap asbestos...habis dah bongkar atap tu ganti zink.

Atap asbestos tu kambus bawah titi rumah.
Quote Matyam 20-10-2024 01:53 PM
IMG_7519.jpeg
Quote ninja boy 20-10-2024 02:32 PM
Edited by ninja boy at 20-10-2024 02:33 PM

Bangun roboh perang bangun roboh perang x pernat ka, kalau repair sistem kumbahan jamban bathroom dapur air bersih pengangkutan kira ok le walau dudk bawah pokok atau khemah
Quote airfilterkotor 20-10-2024 04:15 PM
Laa ni tentera zionist dok rusakkan infra struktur guna jentera kat West Bank pulak.
Jahanam jalan dan sistem paip bawah tanah kat Jenin.
Memang niat nak halau ler tu.

https://www.aa.com.tr/en/middle- ... unicipality/3318166
Quote Dovahkiin 20-10-2024 04:26 PM
Siapa punya hakal pegi buat serangan subuh mula2 dlu? Umpama seekor semut menggigit seekor gajah, abis hancur sarang semut dipijak sang gajah.
Quote DeLuna85 20-10-2024 11:20 PM
Ada jugak org duk salahkan Palestine.
Quote Tinot7 20-10-2024 11:31 PM
B40tastePosh replied at 20-10-2024 01:42 PM
Gaza ni dibina tanpa sustainability...macam mana masih guna asbestos.

Kalau perkampungan Melayu Bug ...

Kan org palestin takleh amik air ujan? Serail dah haramkan sbb itu sumer milik serail..
Quote ultra78 20-10-2024 11:34 PM
Israel nak rampas tanah gaza untuk buat projek pembangunan. UN pun tak guna sebab tidak boleh buat apa-apa.
Quote B40tastePosh 21-10-2024 12:58 AM
Tinot7 replied at 20-10-2024 11:31 PM
Kan org palestin takleh amik air ujan? Serail dah haramkan sbb itu sumer milik serail..

Merepek je air hujan tak boleh ambil.

Terpakai ke undang2 Israel tu di Gaza.
Quote TOPwind 21-10-2024 01:28 AM
perangai org plastiene kat sini pun

mcm tak kenang budi dan tak hormat.
sama dgn royhinga.

Rakyat Msia  pun  nyampah.
Quote kucim 21-10-2024 01:51 AM
Shame on israhell
Quote zarulnazmi 21-10-2024 08:16 AM
Bina semula tapi siapa yang akan tinggal di sana?
Quote Minami2013 21-10-2024 08:24 AM
Sama je nanti, bina pas tu hancur kena bom.
Quote Tinot7 21-10-2024 10:40 AM
B40tastePosh replied at 21-10-2024 12:58 AM
Merepek je air hujan tak boleh ambil.

Terpakai ke undang2 Israel tu di Gaza.

Ya.. kaka tak tgk ka pasai ni? Aritu tular kat insta motaz azaiza.. dari situ dan insta pro-palestin la iols dpt tau maklumat mcm ni..

Spaghetti tak diharamkan sejak wakil US pi sana, pastu dia nak mkn spegeti, lantas apabila diberitahu takleh mkn sbb benda yg diharamkan, wakil US kata itu mengarut jahh.. so lepaih tu deme bg masuk palestin sbb wakil US nak mkn..

Giteww

Quote pokokmeranti 21-10-2024 10:47 AM
tak perlu bagunkan Gaza, rampas je semula setiap inci tanah Israel
Quote ifanonline 21-10-2024 01:25 PM
even if israel serang mekah dan madinah pun, umat islam tak akan buat ape2 juga

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.263267 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top