CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Andy Flop Poppy harap kerajaan agresif selesai isu warga asing - “Apabila perkara ini dibiarkan, golongan warga asing akan naik ‘tocang’"

21-10-2024 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30107| Komen: 6

 


Vokalis kumpulan Flop Poppy iaitu Andy berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap lambakan warga asing yang masuk ke negara ini dan sewenang-wenangnya menjalankan perniagaan tanpa kebenaran atau permit.

Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, 52, berkata, sikap terlalu ‘berlembut’ dengan warga asing membuatkan golongan itu mengambil kesempatan sehingga mampu bertindak di luar kawalan.

“Kehadiran warga asing yang menjalankan perniagaan di beberapa kawasan seperti sekitar Lembah Klang secara tidak langsung memberi kesan kepada peniaga warga tempatan.

“Apabila perkara ini dibiarkan, golongan warga asing akan naik ‘tocang’ dan mengaku kawasan tersebut milik mereka. Sekarang ini apa jaminan kerajaan kepada rakyat agar tidak dibanjiri dengan kebanjiran warga asing?

“Sekarang ini rakyat rasa tidak selesa dengan kebanjiran warga asing, jadi hantar pulang semula warga asing ke negara asal,” katanya dalam video di TikTok.


Malah, Andy turut menasihati rakyat tempatan agar tidak mudah terpedaya atau bersimpati dengan warga asing di negara ini.

“Masyarakat kita perlu berani bersuara dan menentang kemungkaran ini. Perkara sebegini sudah banyak berlaku di depan mata. Seharusnya kita sebagai tuan rumah perlu berani bersuara agar mereka ini tidak berlebihan.

“Seharusnya kita semua perlu bercakap dan jangan hanya mengharapkan sekadar satu atau dua orang saja bersuara, tetapi yang lain di belakang menyokong. Kita semua kena bercakap kerana ini juga sama seperti dakwah,” tegasnya.

Dalam pada itu, Andy turut berkongsi pengalaman tindakan biadab seorang lelaki warga Arab yang menghampirinya dan meminta untuk dibelikan rokok.


“Waktu saya berjalan di sekitar kawasan Bukit Bintang ada seorang lelaki Arab ini tanpa segan silu datang dan minta rokok. Saya beritahu agar membelinya di kedai serbaneka berhampiran.

“Bagi saya tindakan (lelaki Arab) itu biadab kerana mereka ini dengan selamba memperlakukan negara kita seperti negara mereka,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan dua lelaki Maghribi memberi alasan mahu mencari wang belanja sepanjang berada di Malaysia menyebabkan mereka meminta sedekah sambil menari tarian tradisional Maghribi di Bukit Bintang.

Difahamkan, kedua-duanya memasuki ke negara ini dengan menggunakan pas pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk membuat persembahan setiap hari bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi dan meraih pendapatan sebanyak RM200 sehari. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-10-2024 11:27 PM
Nak tag @Skuau


Quote Zazama 21-10-2024 11:42 PM
Hal yg dh acap kali disuarakan rakyat jelata. Apa hasilnya? Kalau ada pun, setakat gitu gitu jek. Tak pernahlah nak serius.
Quote Skuau 22-10-2024 11:11 AM
sharlenetexas replied at 21-10-2024 11:27 PM
Nak tag @Skuau

kita gomen saja takmok buat...majikan mana mau bayor rm1700....so...kita biar jer PATI berkeliaran..tuk majikan amik...
Quote dewi_rina 22-10-2024 11:22 AM
I setuju, tolonglah tekankan benda ni.. Kalau cuti weekends ke public holiday ke i jadi malas nak keluar, sebab sesak dgn warga asing

Dekat perumahan warga asing, dekat public transport warga asing, nak pergi mall pun warga asing, OH NO!
Quote Qatrunnadaain 22-10-2024 10:02 PM
Tua nya dah diaaa….. igt lagi lagu2 dia…

demi masa, demi masa…
Quote pocongkiutss 23-10-2024 12:12 AM
Takde beza pun mana2 gomen yg naik..belum campur yg harom lagi tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.088312 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top