CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Mat Redho dijumpai berjalan kaki ke pejabat ibunya – PDRM

21-10-2024 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31896| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR – Anak kepada atlet sukan lasak, Mat Redho, iaitu Haq Medin, 7 yang dilaporkan hilang pada petang tadi telah ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung Orang Hilang (OH), hari ini.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan polis bertindak serta merta mencari dan telah menjumpai semula kanak-kanak itu di pekarangan tempat kerja ibunya.

“Anak pengadu mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya dan ditemui selamat,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd Redha Rozlan membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya.

Katanya menerusi hantaran di Facebook, kanak-kanak tersebut yang lengkap berpakaian sukan kali terakhir dilihat di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2), di sini sebelum dilaporkan hilang.-KOSMO! ONLINE.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 22-10-2024 12:49 AM
Mulai hari ini parents kena nasihatkan anak2 bila nak keluar rumah kemana2 wajib beritahu kpd sesape yg ada di rumah.  Atau pun telefon kpd makayah, beritahu yg anak nak pergi situ, pergi sini.  Ajar anak2 blj minta izin.  Makbapak juga kena tanya anak nak pergi untuk apa, dgn siapa dan naik apa: basikal, jalan kaki? Kalau tak penting, boleh tunggu, tunggu dn pergi dgn makayah. Bukan apa, hari ini mcm2 boleh berlaku: eksiden, jenayah, apatah lagi penculikan kanak2 untuk diambil organ. Biar makayah kecoh dulu drp kecoh kemudian, heboh masuk berita.
Quote supernaturalee 22-10-2024 12:22 PM
kwn org ganu sebut Mydin tu medin


Quote sukacactus 22-10-2024 12:33 PM
Budak ni blk skolah takde sapa yg ngambik ke
Sebab tu ke dia decided jln kaki ke opis maknya?
Quote kechikchomel 22-10-2024 12:42 PM
sukacactus replied at 22-10-2024 12:33 PM
Budak ni blk skolah takde sapa yg ngambik ke
Sebab tu ke dia decided jln kaki ke opis maknya?

iolss pun fikir camtu
Quote delsmomm 22-10-2024 02:18 PM
kesiannyaa..
ntah2 dia dah tunggu lama, xde org jemput balik, so decided to walk to his moms office..
sian dia..
Quote pocongkiutss 22-10-2024 02:25 PM
Nasib baik le kt ttdi..kalau area banyak pati..seram dek nk jalan kaki sorg2 gitu
Quote cap_ayam 22-10-2024 03:57 PM
Pejabat maknya kat mana .. dekat2 menara LGB tahan lagi la jalan kaki.. buatnya kat kepong sana?
Quote vespa_oren 22-10-2024 04:15 PM
Ada sekali isteri aku ambil lewat hri jumaat, anak aku dh jalan kaki balik dah, dia thu hri jumaat ibu dia ambil,

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049520 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top