CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sayang Allah, diri sendiri, kemudian barulah suami’ – Aisyah Hijanah

21-10-2024 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32599| Komen: 43

 

Pempengaruh sensasi Aisyah Hijanah memilih untuk mengutamakan kasih sayang terhadap Allah SWT dan diri sendiri berbanding kepada suami tercinta, Alif Teega.

Aisyah atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, kasih sayang untuk suami berada di posisi ketiga bagi mengelakkan jiwanya terluka sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diinginkan.

“Apabila hati kita terikat pada suami memang akan sakit bila nampak dia keluar dan tahu tujuannya.

“Namun, bila kurangkan sikit rasa sayang pada suami dan ‘reset’ hati supaya sayang Allah serta diri dulu barulah pasangan, kita akan rasa okey sedikit.

“Memang susah, Aisyah pun ambil masa beberapa bulan untuk pastikan hati betul-betul untuk Allah,” katanya dalam Instagram.


Tambah Aisyah, setiap individu perlu mengutamakan rasa cinta dan memperbaiki hubungan dengan Tuhan.

“Kami sudah bersama enam tahun dan tiba-tiba dilanda ujian sebegini, memang menguji jiwa.

“Sebenarnya individu yang kita sayang bukannya istimewa sangat pun. Namun, cinta yang diberi terlalu besar sehingga nampak dia istimewa.

“Yang patut kita dahulu dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan semula hubungan dengan Tuhan,” kongsinya.

Dalam perkongsian sama, ketiadaan Alif yang keluar bekerja atau mempunyai urusan lain turut memberinya peluang untuk melakukan ibadah sekali gus mendekatkan lagi diri dengan Tuhan.

“Selalunya, saya akan set pemikiran sehari sebelum hari itu dengan rancang nak buat lakukan perkara apa.

“Fokus cari ilmu, solat sunat, zikir, baca buku dan penjagaan diri sebab bila ada suami, adakalanya tak sempat pun kita nak betul-betul jaga hubungan dengan Allah

“Jadi, setiap kali Alif tiada, saya akan ambil masa sepenuhnya untuk betul-betul berkhidmat kepada Allah,” ujarnya lagi.

Hari ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan dua kes salah guna harta bagi program infak iftar dan korban, berjumlah RM63,605.48 membabitkan Alif dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 22-10-2024 12:03 AM
Ni video terbaru ke
Bukan kata Ritu file cerai ke
Dh sah ke.belum
Perlu ke tunjuk loving2 sedangkan sbrnya Korang berantakan
Geli siak
Quote allshares 22-10-2024 12:04 AM
Syg duit dulu no syatuuuu.
Quote primarikey 22-10-2024 12:21 AM
Cukup2 la tunggang agama
Quote nolya 22-10-2024 01:18 AM
Sayangkan suami tinggal2kan, sayangkan Allah tinggal2kan juga ke?
Takutkan hantu, kita lari menjauhi.  Takutkan Allah?  menjauhi atau lebih mendekati?
Quote SR4tahun 22-10-2024 01:34 AM
Dah kenapa dua ekor ni kat bod artis? Artis ke si bodo ni? Sila ke bod scammer!! Bwk sekali thread vivot usop tuuuu
Quote sfrnna 22-10-2024 02:03 AM
Diamla popuan. Tak berkenan betul. Try hard sgt tu nak tunjuk romantic kat madu
Quote anony-mous 22-10-2024 02:52 AM
Nasib baik la dari dlu xpernah suka kapel ni. Ecah ni pon i xpeenah suka. Org suka menyeringai ni mmg saikopath. Turns out my gut betul. Hilang terus dah watak faten tu. cunning jahat laki bini ni
Quote likilu 22-10-2024 02:59 AM
anony-mous replied at 22-10-2024 02:52 AM
Nasib baik la dari dlu xpernah suka kapel ni. Ecah ni pon i xpeenah suka. Org suka menyeringai ni mm ...

Eh yeke

Sapa lagi contoh menyeringai ialah saikopath

Senyum dia lebar macam ex haris iskandar dgn aisyah sinclair tapi dua dua ni elok je kan
Quote anony-mous 22-10-2024 07:42 AM
likilu replied at 22-10-2024 02:59 AM
Eh yeke

Sapa lagi contoh menyeringai ialah saikopath

I x rasa ex harith n aisyah sinclair senyum mcm dia ni. Dia ni mcm fake setiap masa nk senyum. Mcm xbetul. Lgsg xde rasa bersalah bila guna duit derma, seolah2 mkn duit haram tu mcm xde apa2

Another person jenis menyeringai is shungai
Quote kucim 22-10-2024 08:42 AM
Sudah sudahlah mencemar nama Allah dan Nabi utk ditunggang kejahatan.
Jijik tau tak????

Quote pokokmeranti 22-10-2024 08:42 AM
lannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnncauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Quote Sendawg 22-10-2024 08:44 AM
anony-mous replied at 22-10-2024 07:42 AM
I x rasa ex harith n aisyah sinclair senyum mcm dia ni. Dia ni mcm fake setiap masa nk senyum. Mcm ...

One of Ecah's videos where she marah2 someone that's a glimpse of her true personality. Bahasa kasar, mmg gut tells you she is an extremely horrible and busuk hati.
Quote azimodin 22-10-2024 08:45 AM
Selamba je ek ambik video pakai baju tidur satin sambil acah2 beribadah eh??? X malu ke. Kita ni bapak mertua singgah rumah hantar keropok lekor pon x sanggup nak tayang baju kelaway.
Quote emera 22-10-2024 08:46 AM
Mana faten?? Ko byr dia ke utk masuk plot nikah 2 dulu sbb nk viral??? Mana dia?
Quote imanamsyar 22-10-2024 08:48 AM
dia punya menunggang, level super saiya.....
Quote mayaHD 22-10-2024 08:50 AM
sayang beg mahal, rumah besar, hidup mewah dengan duit org la lagi best kan ecah?
Quote misssakura 22-10-2024 08:53 AM
hari tu fail cerai ape citer
Quote ihtisyam1 22-10-2024 08:54 AM
senyap la scammer... pemakan duit haram,
Quote apedehal 22-10-2024 09:04 AM
SR4tahun replied at 22-10-2024 01:34 AM
Dah kenapa dua ekor ni kat bod artis? Artis ke si bodo ni? Sila ke bod scammer!! Bwk sekali thread v ...

Sekali dgn benang adik lopa tu.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.161214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top