CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin infak komisen jualan kambing bernilai RM90,000

22-10-2024 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35484| Komen: 309

 


Pelakon sensasi, Fattah Amin enggan mengambil wang komisen hasil daripada jualan daging kambing yang dilakukannya bersama sebuah jenama daging perap terkenal baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam akaun rasmi Instagram jenama tersebut, mereka mendedahkan mesej perbualan bersama Fattah tentang pengagihan wang komisen yang dikatakan bernilai RM90,000.

Sewaktu ditanya pada akaun mana yang harus dimasukkan wang komisen tersebut, Fattah meminta supaya wang tersebut diuruskan oleh jenama berkenaan untuk diinfakkan.

“Alhamdulillah. Terima kasih bos. Cuma saya nak minta tolong urusan wang komisen tersebut boleh? Infak kepada orang yang memerlukan,” tulis Fattah dalam mesej tersebut.

Sementara itu pemilik jenama daging tersebut meluahkan rasa kecewa kerana Fattah enggan menerima wang komisen daripadanya.

“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen pun atas hasil penat lelah menjual kambing.


“Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Kami minta izin untuk kongsi supaya dijadikan inspirasi buat rakyat Malaysia.

“Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Moga dibalas segala kebaikkan Fattah Amin,” tulis mereka di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Minggu lalu Fattah telah muncul dalam sesi siaran langsung jenama daging tersebut untuk mempromosikan pek promosi mereka.

Sesi siaran langsung selama tiga jam tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 100,000 dan lebih 44 juta tanda suka.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-10-2024 12:12 AM
Ek eleh. Cobaan menyucikan.

Anak buah kau yang hidup bergantung derma awam tu, dah bantu ka? Sebok la kan adik kau mohon zakat yada2 padahal abang sindri 90k lek2 kasik infak. Ye la tu. Ntah2 marketing murahan.

Cukai pun ngelat bayar ratus ribu kau hutang LHDN sampai blacklist takleh pi obersea, lagi nak berlakon infak2. Fak ah.
Quote hokeypokey 23-10-2024 01:33 AM
bosan la duda terpaling ni.. muka takde sedih langsung pas cerai, nampak happy giler mcm terlepas kandang jer..
Quote miss_strangers 23-10-2024 01:44 AM
Paklong xtolong anak buah ke tew smlm adik dah up igs, paklong xbaca keww
Quote alieyrina 23-10-2024 02:45 AM
Nak bagi kat bini liat plak.
Kat org luar kemain lagi
Quote mrsLucky 23-10-2024 02:51 AM
Bagus lah..
tapi pada pandangan i better derma kat anak buah yang sakit...sebab his nephew perlu ubat berterusan...
Quote rainbowrainz 23-10-2024 04:38 AM
Alhamdulillah...bagus bamtah..ehek ehek..benakian janganlah marah ye.ehek ehek
Quote ezacbee 23-10-2024 04:58 AM
Retis klo up infaq ke apa susah nak caya..

Klo betul, alhamdulillah.. Klo tak.. Hmmmm

Quote primarikey 23-10-2024 05:17 AM
baik la bg kt ex bini ko yg meroyan tu fattah...bio sejuk skit ati dia
Quote cicicumel 23-10-2024 06:14 AM
Hopefully ni marketing je lah sis sbb 90k tu baiklah ko masuk tabung Fatima wehhhh unless 90k tu just celah gigi je ikut standard he
Quote Adnil10 23-10-2024 06:16 AM
Lol. Kot betul komisen 90k, ngapenya tak tlg anak buah sendiri? Bagi kat ahli keluarga yg memerlukan. Kata walattah, bamtah kena support family sebab tu takleh bagi anak bini duit banyak2. Alih2 “Infaq lah kat siapa2 yg memerlukan” katanyaaa
Quote cm_vungtau 23-10-2024 07:13 AM
Takyah kasi ex wife terpaling. Biar dia terjun dengan labu labunya aka birkin nya. Kecoh much tak dapat duit raya. Kasi duit kat dia pun nanti dia beli henbeg, baik kasi orang miskin
Quote Incanto 23-10-2024 07:20 AM
ada juga benda baik dia bljr dari ex wife

cuma ex wife lagi senyap bila bersedekah
Quote Incanto 23-10-2024 07:22 AM
mrsLucky replied at 23-10-2024 02:51 AM
Bagus lah..
tapi pada pandangan i better derma kat anak buah yang sakit...sebab his nephew perlu uba ...

betul gak

Niall bergantung pada ubat seumur hidup

dia infaq kat orang, adik minta duit zakat
Quote miss_perfect 23-10-2024 07:38 AM
dua_chzy replied at 23-10-2024 12:12 AM
Ek eleh. Cobaan menyucikan.

Anak buah kau yang hidup bergantung derma awam tu, dah bantu ka? Sebok  ...

Laa... Seriuslah lari dari bayar cukai?
Quote anilanil 23-10-2024 07:39 AM
Baik ko bank in ke mommy nyamma. Buat bayar balik duit down payment RR & duit raya tertunggak. Ntah2 tak cukup.
Quote Acik2kepam 23-10-2024 07:44 AM
AFED9DB9-280C-46EA-A9DC-0B5454FCDFDB.jpeg

Boleh bagi semua kat sini
Quote za8da 23-10-2024 07:58 AM
Gituuuuu sedekah paling utama kt ahli keluarga dulu bam. Igtkan alimmmmmm sgt turutan sedekah, turutan nafkah pun tak gheti keeee semata2 demi meraih wowwwww di mata acik2 keledek yerr
Quote za8da 23-10-2024 07:59 AM
Adik sndiri mintak bantuan zakat tu ha baik p tolong adik sendiri sementara nak tunggu dpt bantuan tuhhh huk aloh
Quote ___ 23-10-2024 08:04 AM
dua_chzy replied at 23-10-2024 12:12 AM
Ek eleh. Cobaan menyucikan.

Anak buah kau yang hidup bergantung derma awam tu, dah bantu ka? Sebok  ...

Hutang LHDN tu maksudnya tunggakan bayaran income tax ke?
Income Tax pun culas??

Selalunya org yg liat bayar income tax..liat bayar zakat jugak.
Kan dpt full rebate income tax tu drpd bayaran zakat. High income earners normally zakat lagi tinggi drpd income tax.

Lihat semua komen(309)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.096145 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top