CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terima kasih kembalikan senyuman saya. Selamat ulang tahun perkahwinan, saya sayang awak” – Fizi Ali

23-10-2024 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 35495| Komen: 19

  


Selepas setahun mendirikan rumah tangga, penyampai radio Fizi Ali mendedahkan kehadiran isterinya, Siti Zulaikha mengembalikan semula senyuman di bibirnya yang lama hilang.

Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 35, berkata, Zulaikha sendiri pernah berjanji ingin membahagiakannya ketika awal perkenalan mereka dahulu.

“Alhamdulillah, setahun usia perkahwinan kita dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai ke akhir usia.

“Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya dan betul senyuman tersebut sudah kembali,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, Fizi berharap dapat meneruskan aktiviti memperbaharui janji setiap tahun bagi menguatkan lagi rasa cinta terhadap wanita yang disayanginya itu.

“Pejam celik pejam celik sampai dah masa kita untuk perbaharui balik janji-janji kita.


“Setahun sekali kena ada momen berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta.

“Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati Allah. Selamat ulang tahun perkahwinan, saya sayang awak,” ujarnya.


Dalam perkongsian tersebut, Fizi memuat naik video dia dan isteri meluangkan masa bersama dalam kereta yang menunjukkan Zulaikha menitiskan air mata.

Fizi juga menghadiahkan sejambak bunga buat suri hidupnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Julai lalu.


Sebelum ini Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.  


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 23-10-2024 08:50 PM
Ex dah ok ke??

Quote sfrnna 23-10-2024 11:20 PM
Kenapa ye si laki ni macam ada vibe takbest..
Quote Violacantik 24-10-2024 03:03 AM
Geli
Quote sweetfasha 24-10-2024 07:45 AM
aku menyampah kalau duda dok sibuk nak canang kebahagiaan terkini dia seolah olah perkahwinan terdahulu tu menderita sangat kekdahnya. macam lah x bini kau tu bahagia sgt masa hidup dengan ko dulu

tambah2 dah ada anak.. respeklah sikit ibu kepada anak kau tu. pengorbanan dia lahirkan zuriat ko tu tak terbalas pun. cubalah balas dengan jaga hati anak kau tu. sok sok dia dah besar dia baca mesti dia tertanya tanya

bangang
Quote Kurex 24-10-2024 08:02 AM
dapnyehhh lengan
Quote yum3 24-10-2024 08:37 AM
itu pn nak bgtahu dunia ke kebahagian ko.. emmmmm
Quote cattiecute 24-10-2024 11:50 AM
awal lagi nak senyum2 pun.
ex sama ex perangai sama je
tulis caption biasa2 je tak boleh ke
ini acah2 terpaling bahagia.
Quote Sendawg 24-10-2024 01:43 PM
Who?
Quote zuriey 24-10-2024 01:49 PM
Rempits
Quote Nnasda53 24-10-2024 02:04 PM
Moga bahagia.
Quote Manusiabesa 24-10-2024 02:09 PM
Boring gila pasangan ni.
Bila nk berambus ke alam lain nth.
Quote anony-mous 24-10-2024 02:17 PM
Geli la baru setahun ucapan mcm dah 10thn. Xbelajar ke dari pengalaman lps? Dia ni mmg sesuai dgn fumakila tu. mcm epal n piza
Quote Paiya 24-10-2024 02:20 PM
happy anniversary fizi

Quote brown_pupil 24-10-2024 02:22 PM
Hahah.. aku rasa si fizi ni saja kasi perangat keadaan. Dah ex pun asyik meroyan je kan.
Quote acikpanashati 24-10-2024 03:06 PM
sweetfasha replied at 24-10-2024 07:45 AM
aku menyampah kalau duda dok sibuk nak canang kebahagiaan terkini dia seolah olah perkahwinan terdah ...

Ex bini pun menyundal dengan lelaki lain time kahwin.. kau rasa tak menderita ke?
Quote honam 24-10-2024 03:31 PM
lahai sweeet nya
Quote dewi_rina 24-10-2024 03:39 PM
Yg ni aman-aman je, yg sekor dah kawin laki orang pun tak habis-habis bitter
Quote Joysparta 24-10-2024 03:47 PM
sfrnna replied at 23-10-2024 11:20 PM
Kenapa ye si laki ni macam ada vibe takbest..

I rasa camtu. Something is off
Quote dewi_rina 24-10-2024 03:49 PM
Baru lepas tengok video, cringe pulak tengok macam tu

Terlampau sweet gini i tak minat, nak muntah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.049046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top