CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya pernah serik nak kahwin tapi jodoh Allah tentukan" - Cat Farish

23-10-2024 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37577| Komen: 11

 


Pernah kecundang beberapa kali dalam perkahwinan terdahulu membuatkan penyanyi dan komposer, Cat Farish dan isterinya, Shikin Maembong pernah berasa serik untuk berkahwin lagi.

Namun, segalanya berubah selepas mereka berdua bertemu dalam sebuah acara dan kedua-duanya saling jatuh cinta.

“Saya pernah cakap dulu pada semua orang bahawa saya sudah serik untuk berkahwin lagi. Saya tak mahu.

“Tetapi itulah kata orang ‘never say never’. Jodoh itu adalah ketentuan Allah,” kata Cat sewaktu ditemui pada sidang media Havoc Food Festival 37.0 di sini, baru-baru ini.

Pernah berkahwin dengan Cef Riz yang merupakan anak kepada cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan, Shikin juga pernah menutup pintu hatinya untuk lelaki.

“Perkara ini terjadi secara semula jadi. Sebelum kenal satu sama lain kami masing-masing fokus berniaga.

“Tiba-tiba terjumpa di sebuah festival makanan dan kami terus jatuh cinta. Dia seorang yang sangat ‘gentleman’. Dia terus tanya sama ada saya single.



“Saya tertarik dengannya kerana susah untuk mencari lelaki yang boleh tolong buat kerja-kerja dapur. Tetapi dia pandai dan tidak kekok. Jika dulu saya angkat tong gas seorang diri, kini ada suami yang tolong angkatkan,” jelasnya.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 50, berkahwin dengan Shikin atau Siti Nur Ashikin Ismail, 4, pada Julai 2023.

Cat sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan 2020. Hasil perkahwinan dengan bekas isteri pertama dia dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala dengan bekas isteri kedua pula tidak dikurniakan cahaya mata.  


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 23-10-2024 08:42 PM
Semoga perkahwinan Kali ni kekal ke akhir hayat.
Quote ezacbee 23-10-2024 08:43 PM
Baru setahun lebih.. semua wangi..

Quote AngelFreakyAF 23-10-2024 09:52 PM
ezacbee replied at 23-10-2024 08:43 PM
Baru setahun lebih.. semua wangi..

Tapi kapel ni nampak kepamm nokk
Quote Atata 24-10-2024 01:03 AM
lanacondor replied at 23-10-2024 08:42 PM
Semoga perkahwinan Kali ni kekal ke akhir hayat.

Aamiin YRA. Seram kalau tiba2 nampak thread2 muka laki bini tiba2, ingatkan apeee lahh.
Quote makita 24-10-2024 08:18 AM
Dulu kan sikin ni tertarik dgn cat sbb selain angkat tong gas, cat jugak pandai basuh pisang (kan sikin jual popia pisang.

Ni fornula lama dulu, sapa2 yg nak kwen, ckp tanak kwen ..tanaaaak. mesti nanti dpt kwen gak. Cat kepam dah membuktikan nya.
Quote dreamcatcher 24-10-2024 08:37 AM
Mintak maaf nak ckp dua org ni nampak comot.
Quote Minami2013 24-10-2024 08:40 AM
Serasi bersama
Quote yum3 24-10-2024 09:16 AM
makita replied at 24-10-2024 08:18 AM
Dulu kan sikin ni tertarik dgn cat sbb selain angkat tong gas, cat jugak pandai basuh pisang (kan si ...

sape penah try popia pisg dia. Sedap ke? Cer komen . Nmpak cam sedap
Quote IvyGorgon 24-10-2024 09:46 AM
Heols ni diabetic teruk juga kan? sooner or later ED lah heols, masa tu we'll see the wife stay or away yach
Quote nuryakmal 24-10-2024 11:44 AM
why is it so difficult to be presentable
Quote awenda507 24-10-2024 11:46 AM
semoga jodoh kali ni berkekalan la ya. aamiinn

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047301 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top