CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak bermakna saya perlu bermusuh dengan Syamsul, Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan" - Ira Kazar

24-10-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34268| Komen: 46

 


Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan hubungan antara mereka berdua berada dalam keadaan baik walaupun sudah berpisah. 

Ira ketika dihubungi Harian Metro berkata, walaupun rumah tangga mereka tidak bertahan lama, namun masing-masing tidak menyimpan dendam.

"Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh. 

"Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,"katanya.

Menurut Ira, keputusan untuk tidak bermusuhan adalah jalan terbaik buat mereka, terutamanya dalam memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing. 

"Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang.

"Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami," katanya.



Dalam masa sama, Ira memberitahu, dia kini sibuk memberi fokus kepada karier seni termasuk single duet bersama Alan D berjudul Tak Kisah. 

"Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan.

"Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya," katanya.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu sekali gus jatuh talak satu.

Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 24-10-2024 12:10 AM
Noted..harta sol mnx da pulang belum?
Quote Farnor 24-10-2024 12:55 AM
Yolatu.. Lepas ini sila sambung belajar ya.
Quote kaedahnya 24-10-2024 01:31 AM
ni macam tak da kena mengena tau, tapi awak tu belum tua gayut lagi, tak payah la nak harap duit lelaki kedeks sabegitu. sambung la belajar ke kerja apa apa ke, pakai jah segala connection or kabel yang ada.
Quote straycat 24-10-2024 02:10 AM
Apa motif photoshoot ber-props-kan buah cherry? It looks so mengundang.
Quote MisXoXo 24-10-2024 05:58 AM
Dahlah semua.move on.nak kecam apa lagi.xkan nk dia jahanam br semua lega hati.dahle IK.semua tu pengalaman..awak muda lagi dan teruskan melangkah.Pedulikan netizen ni.Apa ko buat tu salah dan tuhan tu nak ko belajo sesuatu.Netizen nk ko jd gila baru semua happy tp yalah..tuhan tu maha mengetahui.ko teruskan hidup.bertaubat dan jadilah anak yg baik dan manusia yg baik .
Quote shida81 24-10-2024 06:16 AM
Ak still x blh husnuzon ngn dia ni...
Quote missHaidiD 24-10-2024 06:23 AM
semiga ira bertemu jodoh yg sekufu
Quote L.U.S.M 24-10-2024 06:37 AM
Dh hbs eddah ke Minah ni
Quote noor2 24-10-2024 06:58 AM
Dia ni cantik je pada pandangan mata akak....kalau bandingkan muka dia dgn muka2 acik nitizen yg benci dia agak2 sapa lagi lawa. ...
Quote sangbara2020 24-10-2024 07:46 AM
saje nk bgtau ke yg apa samdol..eh samsol mtk tu dh setel...yeke??
rasa2 dh setel ke?
Quote ashilalat 24-10-2024 07:50 AM
Entah kenapa aku rasa dia ni ok je. Entah² dia kawen dgn sol dlu pon sebab saja nak sakitkan hati PS yg annoying dan acik² netizen yg sibuk mencerca dia.

Dia pon saja...nah, aku kawen dgn jantan ni. Tersakiti la PS dan acik² nitizen. Hahaha. Padahal jenis pompuan sosial mcm dia ni, x kan x dpt ramai lagi selain sol sol sol.

Jawapan² dia pon lepas kes selesai ni, xde lah annoying.
Quote pinkpunk 24-10-2024 08:01 AM
so motif nak cakap baik ngn sol? klu baik takdelah kena cerai.. klu baik dah lama sol bwk jumpa makpak.. klu baik hmmm malaslah nak tulis
Quote Minami2013 24-10-2024 08:07 AM
Sedap ke suara dia nk jadi penyanyi?

Bapak dia dulu pun penyanyi jugak kan.
Quote Sweet_PC 24-10-2024 08:19 AM
ashilalat replied at 24-10-2024 07:50 AM
Entah kenapa aku rasa dia ni ok je. Entah² dia kawen dgn sol dlu pon sebab saja nak sakitkan hati P ...

dah kenapa nak sakiti PS. Ingat PS kissahhh
Quote Sendawg 24-10-2024 08:32 AM
straycat replied at 24-10-2024 02:10 AM
Apa motif photoshoot ber-props-kan buah cherry? It looks so mengundang.

Dgn makeup dia tu nampak sgt mcm nak try to look like PSL. Aku perasan penyondol2 ni mmg jenis nak tiru gaya madu diorang.
Quote fanaz82 24-10-2024 08:42 AM
fokus pada diri kau saja dah lah..
Quote nisako 24-10-2024 08:47 AM
sudah sudah la..next
Quote syamzana 24-10-2024 08:50 AM
reporter pun sudah2 la intvw kisah cerai berai dia ni, dah la menikoh pun kontroversi drama bertahun2 .
cuba cerita hal kerjaya plak katanya nak nyanyi tggu single keluar baru update.

*** bagus ummah malaya cepat memaafkan penyondol
Quote airmineral 24-10-2024 09:09 AM
harta sol apa yg dituntut tp tak dipulangkan tu?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050458 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top