CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai bandana, tudung Aprena Manrose sudah terbang?

24-10-2024 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6832| Komen: 9

 


Selepas pelakon Nelydia Senrose, sepupunya Aprena Manrose pula dilihat tidak lagi memakai tudung.

Perkara tersebut dikongsi menerusi hantaran InstaStory kakak kepada Nelydia iaitu Uqasha Senrose sewaktu mereka bermain badminton, semalam.

Dalam satu video lain, kelihatan Aprena mengenakan bandana putih sekali gus menyerlahkan rambut perangnya yang diikat tinggi.

Menerusi pemerhatian dalam hantaran Instagramnya, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menutup kepalanya dengan sehelai tuala kecil selain hanya menampakkan bahagian leher.

Sebelum ini, Aprena pernah menjadi mangsa kecaman netizen apabila mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan leher seolah-olah petanda dirinya bakal ‘melepaskan’ hijab.

 


Aprena juga pernah mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat tiga tahun lalu.

Dalam masa sama, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu memohon orang ramai mendoakannya istiqamah, bukan meninggalkan komen pedas atau menyerangnya dalam Instagram.

Adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu memulakan usaha berhijab pada Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan memakai tudung penuh tidak lama kemudian. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 24-10-2024 06:46 PM
Kaum kerabat diaorg ni memang jenis main2 pakai tudung ke?
Memula uqasha, pastu nelydia, ni aprena pulok...next adakah oktavia
Quote missyL 24-10-2024 07:12 PM
I think dieorg sume jenis on off je
Tp official mcm pakai
Tp gitu laa
Tgok rmbut pn thu mmg on off je kot
Kot laa lop
Quote SalenaGomez 24-10-2024 07:21 PM
missyL replied at 24-10-2024 07:12 PM
I think dieorg sume jenis on off je
Tp official mcm pakai
Tp gitu laa

Biasa tgk ore kelate kebanyakkan pon mcm tu…ada kawan SG kelate. Kelik kelate pakai tudung, sampai KL bukak. Ada sorang tu g keje pakai, luar office hour buka. So kalau ofis ada event, famiky day ke, mmg x pakai la tudung nya

Apa2 pon kita doa kan semoga depa terbuka hati dan istiqomah
Quote Binodino 24-10-2024 07:30 PM
Nanti tau la dia bagi alasan ada masalah mental depresi ke apa
Quote Shayang 24-10-2024 07:55 PM
missyL replied at 24-10-2024 07:12 PM
I think dieorg sume jenis on off je
Tp official mcm pakai
Tp gitu laa

Ramai je marhaen yg on off pakai tudung
Kejap post gambar nampak rambut kejap tutup litup
Dorang ni kat ig duk post mcm dh pakai tudung sepenuhnya.
Padahal jenis on off jugak.

Quote Shayang 24-10-2024 08:01 PM
SalenaGomez replied at 24-10-2024 07:21 PM
Biasa tgk ore kelate kebanyakkan pon mcm tu…ada kawan SG kelate. Kelik kelate pakai tudung, sampa ...

Nih sebijik mcm kawan aku
Dia acik gomen kt putrajaya
Pi keje dia mmg pakai tudung, segala tudung mahal dia beli kira mmg ikut trend la walaupun pakai tudung separuh masa je
Dah mcm budak sekolah plak, padahal setahu aku takda peraturan mewajibkan pakai tudung kat tmpt keje.
Bukan tudung jer, solat pun ada yg jenis cuma buat masa kat tempat keje jer.
Maybe segan kot org ngata kalau tak nampak pi surau.
Quote Manusiabesa 24-10-2024 08:16 PM
Geng rose2 ni xda pun yg lawa. Smua acah2 hot je.. body ungka pun dh jdi badang.. mcm size hulk kt bahu lengan. Sendu much. Xpelik pn takat stori bukak tudung
Quote TomyamPuteh 24-10-2024 09:01 PM
Pak Mentua dia yg pencen lecturer tu on la kot
Quote Isninselasarabu 24-10-2024 09:23 PM
Lagi cantik bertudung masalahnye.. bile bukak tudung mcm nampak tua

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.145610 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top