CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan air batu di Kemaman bukan petanda banjir besar - Penyelidik

24-10-2024 09:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39850| Komen: 3

 

Kuala Terengganu: Fenomena hujan batu yang melanda bandar Chukai, Kemaman dan kawasan sekitar pada semalam bukan penanda aras banjir besar bakal melanda pantai timur tahun ini seperti didakwa segelintir pihak.

Penyelidik iklim dan cuaca Dr Chung Jing Xiang berkata sebaliknya hujan batu antara ciri-ciri peralihan monsun daripada Monsun Barat Daya sejak 24 September lalu sebelum memasuki Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula awal November.

Ciri-ciri peralihan monsun ialah langit biasanya cerah pada waktu pagi dan tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang akan menggalakkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam jangka singkat sekali gus berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu.

"Ia (hujan batu) tidak dapat digunakan untuk meramal sama ada banjir besar akan berlaku atau tidak di sesuatu kawasan.

"Bagaimanapun, pantai timur bakal dilanda MTL dan kalau ikut sejarah lepas, risiko banjir berlaku adalah tinggi namun ramalan banjir besar tidak dapat dilakukan buat masa ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata untuk meramal cuaca jangka panjang dan potensi banjir besar, penyelidik menggunakan peredaran atmosfera pada skala besar seperti perubahan Ayunan Selatan El Nino, Dwipolar Lautan Hindi dan Ayunan Madden-Julian.

"Dan kita juga perlu perhatikan kekacauan atmosfera seperti angin luruan sejuk dari utara dan kejadian Pusaran Borneo semasa berlakunya MTL untuk kita lebih tepat meramal sama ada banjir besar akan berlaku dan di mana akan berlaku.

"Contohnya, kalau ada La Nina, keberangkalian hujan lebat boleh terjadi dan banjir boleh berlaku. Ataupun terdapatnya luruan angin kuat, ia boleh membawa kelembapan ke kawasan kita dan menyebabkan hujan lebat berpanjangan dan banjir," katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi tinjauan cuaca jangka panjang bagi Oktober 2024 hingga Mac tahun depan memaklumkan hanya daerah Besut dijangka menerima jumlah hujan sedikit melebihi paras purata iaitu pada Disember tahun ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah juga sebelum ini dilaporkan berkata La Nina yang lazimnya bertahan antara lima hingga 18 bulan dijangka berada pada kekuatan lemah atau sederhana berdasarkan model ramalan antarabangsa.

Semalam, bandar Chukai dan kawasan dalam radius tiga kilometer di sekitarnya dikejutkan dengan hujan batu dan ribut petir yang mengakibatkan kemusnahan infrastrukur terhadap lebih 200 unit rumah dan sekolah, pokok tumbang selain mencederakan seorang lelaki akibat dihempap runtuhan pondok sewaktu berlindung.

Seramai 18 mangsa daripada tujuh keluarga termasuk empat kanak-kanak kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Gong Pauh akibat kediaman mereka mengalami kerosakan teruk.

 

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 24-10-2024 09:50 PM
Wah.. maknanya tiada tengkujuh ke tahun yinnih....
Quote insulin 24-10-2024 09:53 PM
Petanda rezeki kepada tukang bina porch kereta berbumbung, kan?
Quote insulin 24-10-2024 09:54 PM
green~tea replied at 24-10-2024 09:50 PM
Wah.. maknanya tiada tengkujuh ke tahun yinnih....

Yayyyyyyy ( Kalau betul la )

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.078587 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top