CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 40-an tunggu anak balik sekolah cedera ditembak individu tak kenali

24-10-2024 09:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40297| Komen: 13

 


Kuching: Lelaki cedera ditembak individu yang tidak dikenali di depan sebuah sekolah di Sibu, hari ini.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an sedang menunggu anaknya balik dari sebuah sekolah di Jalan Wong King Hou.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, penyerang yang dipercayai keluar dari kawasan semak tiba-tiba melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang duduk di bahagian pemandu kenderaan pacuan empat roda.

"Akibat tembakan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan belakang badannya.

"Sejurus melepaskan tembakan, suspek melarikan diri," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian keluar dari keretanya untuk meminta bantuan daripada orang awam.

"Mangsa yang cedera di bahagian belakang kemudian rebah di tepi jalan berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sibu," katanya.


Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan sedang menjejaki suspek.
 
Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malarky 25-10-2024 09:31 AM
wait, 2.30 pagi ke 2.30 petang?
Quote kemaruk 25-10-2024 09:39 AM
malarky replied at 25-10-2024 09:31 AM
wait, 2.30 pagi ke 2.30 petang?

Dekat sarawak 2.30 pagi, kat KL 2.30 petang
Quote kemaruk 25-10-2024 09:40 AM
Mqcam pernah berlaku jugak kan kes camni beberapa tahunl3pas

K3na tembak time tengah tunggu anak balik sekolah gak tapi kat semenajung
Quote malarky 25-10-2024 11:42 AM
kemaruk replied at 25-10-2024 09:40 AM
Mqcam pernah berlaku jugak kan kes camni beberapa tahunl3pas

K3na tembak time tengah tunggu anak ba ...

pukul 2.30 pagi jugak ke?
Quote downiey 27-10-2024 08:33 AM
takotnyee.
Quote zorrro_03 27-10-2024 08:53 AM
nak ambil alih title colombia ke iban wei???
Quote edayildiz 27-10-2024 01:12 PM
kt venezuela ngn colombia pun gini kan...sheramm..
nsb xnati..mcm warning warning manja la tu kot
Quote Skuau 27-10-2024 01:15 PM
zorrro_03 replied at 27-10-2024 08:53 AM
nak ambil alih title colombia ke iban wei???

"Malas cam malaya..pot pet pot pet jer...."-Iban
Quote zorrro_03 27-10-2024 04:38 PM
Skuau replied at 27-10-2024 01:15 PM
"Malas cam malaya..pot pet pot pet jer...."-Iban

tapi kalau set Malaysia barat biarkan insiden spt ni berleluasa, tak mustahil akan jadi rumit even lebih rumit dari klang. harap semua semakin baik ya bro
Quote Melanie91 27-10-2024 07:12 PM
Bersifat dendam ni. Along ke?
Quote sharlenetexas 27-10-2024 07:34 PM
Gangster sibu?

Quote TOPwind 27-10-2024 09:40 PM
kekadang yg kena tembak tu

lebih zalim dari yg menembak

Quote TeropongThaico 27-10-2024 10:10 PM
Ketua kampung aiol dulu meninggal gini le. Kena tembak dkt kepala masa tunggu anak blk sekolah. Tak tahu le dpt tangkap ke tidak sbb aiol sekolah lg masa tu tak de la terasa nak menyibuk tanya lbh2

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.033915 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top