CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

BRICS tegaskan sokongan terhadap keahlian penuh Palestin dalam PBB

24-10-2024 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40018| Komen: 4

 


Kazan, Rusia: BRICS pada Rabu menegaskan semula sokongan terhadap keahlian penuh Negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Kami menegaskan sokongan kami terhadap keahlian penuh Negara Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konteks komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap visi penyelesaian dua negara berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk resolusi UNSC (Majlis Keselamatan PBB) dan UNGA (Perhimpunan Agung PBB) yang berkaitan serta Inisiatif Keamanan Arab yang merangkumi penubuhan Negara Palestin yang berdaulat, merdeka dan berdaya maju selaras dengan sempadan yang diiktiraf antarabangsa pada Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya, hidup berdampingan dalam keamanan dan keselamatan dengan Israel," menurut Deklarasi Kazan.

Para pemimpin yang menyertai sidang kemuncak itu mengulangi "kebimbangan mereka terhadap kemerosotan keadaan dan krisis kemanusiaan di Wilayah Palestin yang Diduduki, khususnya peningkatan keganasan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Gaza dan di Tebing Barat akibat serangan tentera Israel, yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai dan kecederaan orang awam, pemindahan paksa serta kemusnahan meluas infrastruktur awam."


Mereka menegaskan "keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, komprehensif dan kekal di Semenanjung Gaza," dan "bekalan bantuan kemanusiaan yang tidak terhalang, mampan dan berskala besar ke Semenanjung Gaza," sambil mengecam "serangan Israel terhadap operasi kemanusiaan, kemudahan, kakitangan dan pusat pengagihan."

Mereka mengalu-alukan "usaha berterusan oleh Mesir, Qatar serta usaha serantau dan antarabangsa lain untuk mencapai gencatan senjata segera, mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan dan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza," sambil menyeru pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.

Mereka menyuarakan kebimbangan bahawa "peningkatan konflik di Semenanjung Gaza akan mencetuskan ketegangan, ekstremisme dan kesan negatif yang teruk di peringkat serantau dan global," sambil mengakui langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 25-10-2024 08:01 AM
Lama tidak nampak pengecatbintang
Quote kemaruk 25-10-2024 08:08 AM
awnar pergi tak
Quote terma2nkondisi2 25-10-2024 10:08 AM
kemaruk replied at 25-10-2024 08:08 AM
awnar pergi tak

anwar tak pergi, rafizi yg pergi.. kan?

malaysia jadi brics partner country, bukan full member

rafizi ada cakap ni juga - Negara rakan BRICS: Malaysia belum terima pengumuman rasmi - Rafizi

nape anwar tak pergi, kerja2 yg dia tengah buat sekarang lebih penting ka?
Quote terma2nkondisi2 25-10-2024 10:21 AM
malaysia dah jadi negara rakan brics, bukan full member

bagaimana pula dgn oecd, adakah malaysia masih bercadang utk dptkan oecd membership?

Malaysia also considering OECD membership, says Tengku Zafrul - nst, 22 julai 2024

kalau betul jadi member oecd, adakah ini bermaksud malaysia akan menormalisasikan hubungan dgn israel?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030392 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top