CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki kantoi curi bateri kereta telah ditahan polis

24-10-2024 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40283| Komen: 8

 


Gombak: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri bateri kereta di kawasan parkir pasar raya di sekitar Batu Caves, di sini, kelmarin.

Kejadian itu tular selepas satu klip video papan pemuka kenderaan mangsa yang terpasang semasa kejadian berjaya merakam suspek sedang membuat 'kerja' dimuatnaik di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir, berkata kejadian berlaku 8.08 malam membabitkan seorang mangsa berusia 51 tahun.

"Pemilik kereta seorang lelaki tempatan cuba menghidupkan kenderaan itu kira-kira 10.30 malam tetapi tidak berjaya lalu membuat pemeriksaan dan mendapati bateri kereta sudah tiada.

"Mangsa membuat semakan rakaman kamera papan pemuka mendapati seorang lelaki memakai topi hitam dan berbaju gelap membuka bonet dan mengambil bateri terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, ketika ditahan pihak polis turut merampas barang kes iaitu satu unit bateri kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri mana-mana komponen sesebuah kenderaan bermotor.

"Hukuman bagi kesalahan ini boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda," katanya.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-10-2024 10:59 PM
Dashcam jenis auto detect ke tu

Nk cr lh 1
Quote kepompong 24-10-2024 11:32 PM
berguna betul dashcam kot ada org kissing2 depan keta pun ada video masa kecik2 dulu selalu dengar org2 tua  sebut jgn buat jahat , nanti kat akhirat ada video tunjuk apa kita buat walaupun belakang mak ayah. skrg belum mati pun dah ada video disebalik kejadian
Quote venom1 25-10-2024 09:55 AM
Dashcam yang akan rekod sebarang pergerakan di hadapan walaupun kereta parking
Quote lipans 25-10-2024 10:06 AM
Boleh je. hardwire ke bateri, record 24 hours.
Quote Jitu 25-10-2024 06:59 PM
bateri pun kena curi ke
berapa sen sgt la dpt jual bateri


Quote matamata 25-10-2024 07:11 PM
Jitu replied at 25-10-2024 06:59 PM
bateri pun kena curi ke
berapa sen sgt la dpt jual bateri

10 thn lepas kedai besi buruk beli battery RM2 sekilo
Contohnya kalau hilux berat battry tu dlm 15kilo

harga sekarang ni aku tak pastila...
Quote Jitu 26-10-2024 07:49 PM
matamata replied at 25-10-2024 07:11 PM
10 thn lepas kedai besi buruk beli battery RM2 sekilo
Contohnya kalau hilux berat battry tu dlm 15 ...

fuh blh tahan jugak rega tu blh pekena roti canai awek cun yg viral baru ni

aku ada 2 bijik bateri kereta dah kong
selalu keling yg lalu kat sini cari besi buruk
malas jual kat keling dorang amik murah
Quote RosieRosie 26-10-2024 08:15 PM
Byk2 benda,bateri kete org yg kau curi bang.curi la yg berpotensi sikit.high risk,high return. Kau punya modus operandi ni mcm high risk low return jek. Dah alang2 susah je keje kau baik ko keje kebun sawit mcm indo kt tiktok tu gaji dekat 5k jugak. Lengan da sado tu,aku rasa kau bole lulus interbiu dgn mudah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042518 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top